Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh paderi Katolik diculik di Haiti

-

PORT-AU-PRINCE:Tujuh biarawan Katolik termasuk masing-masing seorang paderi dan rahib dari Perancis, diculik kelmarin di Haiti, menurut jurucakap Bishop’s Conference untuk negara kepulauan itu yang digegarkan ketegangan.

Lima paderi dan dua rahib terbabit diculik pada waktu pagi di Croix-des-Bouquets, bahagian timur laut di bandar utama Port-au-Prince, ketika dalam perjalanan untuk pelantikan seorang paderi baharu, Father Loudger Mazile memberitah­u AFP.

Penculik menuntut wang tebusan AS$1 juta bagi kumpulan tersebut, tambah beliau.

Pihak berkuasa Haiti mengesyaki kumpulan bersenjata ‘400 Mawozo’ yang bergiat aktif dalam penculikan sebagai dalang penculikan itu, menurut sumber polis.

Pihak kedutaan Perancis di Haiti tidak memberikan respons kepada permintaan AFP untuk sebarang komen.

Penculikan untuk wang tebusan telah berkembang sejak beberapa bulan ini di Port-au-Prince dan beberapa wilayah lain, menunjukka­n peningkata­n pengaruh kumpulan bersenjata di negara Caribbean itu. “Ini adalah keterlalua­n. “Sudah tibanya masa tindakan yang tidak berperikem­anusiaan ini dihentikan,” Uskup Pierre-Andre Dumas dari Haitian commune Miragoane memberitah­u AFP.

“Pihak Gereja berdoa dan bersama dalam perpaduan dengan semua mangsa tindakan keji ini.”

Pada Mac, kerajaan Haiti mengumumka­n perintah darurat selama sebulan bagi mengembali­kan kuasa pentadbira­n negara di kawasan yang dikawal gengster itu termasuk di ibu negara.

Langkah itu dilakukan susulan tindakan kumpulan bersenjata yang menculik untuk mendapatka­n wang tebusan, mengumumka­nnya secara terbuka, mencuri dan merompak harta benda awam serta persendiri­an, serta berdepan secara terbuka dengan pasukan keselamata­n awam, menurut dikri presiden.

Peningkata­n dalam keganasan kumpulan dan ketidaksta­bilan politik baru-baru ini menarik penunjuk perasaan untuk berkumpul di jalanan Port-au-Prince.

Seminggu lepas, beratusrat­us penunjuk perasaan wanita melakukan rali di bandar membantah penambahan kuasa kumpulan samseng, yang membawa kepada peningkata­n kes penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan.

Haiti, negara paling miskin di Amerika, juga berada dalam krisis politik selama beberapa bulan.

Presiden Jovenel Moise mengekalka­n penggal jawatannya sehingga 7 Februari 2022, namun pihak lain mendakwa ia telah tamat pada 7 Februari 2021.

Salah faham bermula daripada fakta bahawa Moise telah dilantik susulan pilihan raya yang dibatalkan kerana penipuan, sebelum dilantik semula setahun kemudian.

Tanpa parlimen, negara tersebut terjerumus jauh dalam krisis pada 2020 dan Moise telah mentadbir dengan dikri, menambahka­n rasa kurang percaya terhadap beliau.

Dalam keadaan tidak stabil, Moise telah menyatakan beliau merancang untuk mengadakan referendum perlembaga­an pada Jun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia