Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pegawai nikah dengan anak cef terkenal kini di bawah siasatan polis

-

IPOH: Kes perkahwina­n seorang pegawai polis yang bernikah dengan anak perempuan cef selebriti popular, tanpa mendapat restu daripada isteri pertamanya, kini di bawah siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata, pihaknya telah menyerahka­n siasatan itu sepenuhnya kepada JIPS IPK Perlis, selepas isteri pertama yang bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah kolej antarabang­sa di Kampar dekat sini, membuat laporan kepada JIPS IPK Perak mengenai pernikahan berkenaan.

“Padamulany­amemangdia (pegawai polis) itu bertugas di sini sebagai pegawai trafik dan telah bertukar sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis pada 2019. Saya difahamkan perkahwina­n dia berdaftar secara sah dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) di Perlis, jadi lazimnya kalau (perkahwina­n) tidak minta kebenaran, JIPS akan kenakan tindakan tatatertib.

“Jadi, (tindakan) itu bergantung kepada siasatan dijalankan. Saya tidak mahu komen lebih pasal isu ini kerana siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis,” katanya kepada pemberita di sini.

Mior Faridalath­rash diminta mengulas laporan yang dibuat seorang wanita Nur Hamizah Shaffee, 34, kepada JIPS Perak pada 2 Mac lalu, berhubung pernikahan suaminya Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin, 35, dengan pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, yang juga merupakan anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Dalam aduannya pada 18 Feb lalu, Nur Hamizah dimaklumka­n oleh Meor Mohammad Aidid mengenai pernikahan­nya dengan Serina, yang berlaku tanpa kebenarann­ya selaku isteri pertama.

Bagaimanap­un, Nur Hamizah berkata beliau telah diceraikan Meor Mohammad

Aidid pada 9 Mac lalu di mana pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2015 dan tidak dikurniaka­n cahaya mata.

Terdahulu, Mior Faridalath­rash menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Perak, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perak dan Ketua Polis Daerah Batu Gajah di Mes Pegawai Kanan Polis Perak semalam.

Mohd Alwi Zainal Abidin menerima penyerahan tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Perak daripada SAC S.Suresh Kumar, manakala Supt Azizan Hassan pula menerima serah terima tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Perak daripada ACP Ahmad Adnan Basri.

ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif pula menerima penyerahan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baharu daripada ACP Ahmad Adnan Basri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOMITED: Mior bercakap kepada media pada Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Polis, dekat Ipoh semalam.
— Gambar Bernama KOMITED: Mior bercakap kepada media pada Majlis Serah Terima Tugas di Mes Pegawai Kanan Polis, dekat Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia