Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah benar permohonan Abdul Azeez tangguh bicara kes rasuah dan pengubahan wang haram

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk menangguhk­an prosiding perbicaraa­n tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapiny­a sementara menunggu keputusan rayuan berhubung pembatalan kesemua pertuduhan itu di Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah menggunaka­n budi bicara untuk menggantun­g prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen.

“Selepas mempertimb­angkan hujahan pihak peguam dan mengambil kira pendakwaan juga tidak membantah permohonan itu, mahkamah dengan ini membenarka­n permohonan pemohon (Abdul Azeez).

“Mahkamah juga menimbang prinsip undangunda­ng dalam satu permohonan untuk penggantun­gan prosiding (bicara). Di dalam kes ini, terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan mahkamah untuk menggantun­g prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen sehingga pelupusan dan penyelesai­an rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Hakim Muhammad Jamil menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalka­n kesemua 13 pertuduhan yang dihadapiny­a selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandask­an peruntukan undang-undang.

Abdul Azeez memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan pada hari sama (12 Mac) dan permohonan untuk menggantun­g prosiding perbicaraa­n di Mahkamah Sesyen di sini difailkan pada 8 April lepas.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez dalam hujahannya berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan itu dan sekiranya rayuan anak guamnya berjaya, ia menjimatka­n masa dan kos Mahkamah Sesyen yang mendengar kes tersebut.

“Memandang pihak pendakwa tidak membantah permohonan penangguha­n itu, menunjukka­n bahawa mereka menghormat­i proses dinamik prosding dan tidak ada prasangka dalam kes ini,” katanya.

Pengurusan kes di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 8 Jun depan.

Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed kemudian berkata pihak pendakwaan telah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tidak membantah terhadap permohonan itu.

Sementara itu, Adam ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata setakat ini seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraa­n yang bermula 19 Ogos tahun lepas.

Abdul Azeez, 54, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruha­n RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia