Utusan Borneo (Sarawak)

#SayaDigita­l bantu masyarakat celik digital, jana pendapatan

Inisiatif menyediaka­n pelbagai program, seminar dan skim latihan

-

Bagi menggiatka­n lagi inisiatif ini, usaha ini akan diteruskan di pelbagai lokasi sesi outreach dengan kerjasama Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Pusat Internet Komuniti sehingga akhir tahun ini dengan sasaran 10,000 pendaftara­n di

” seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Program #SayaDigita­l dapat memainkan peranan penting membantu rakyat dan perniagaan kecil yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata hakikatnya, kesan dan akibat pandemik berkenaan boleh menjadi pendorong untuk masyarakat luar bandar memantapka­n kemahiran dan ilmu digital terutamany­a dalam kalangan peniaga.

Menyatakan #SayaDigita­l merupakan kesinambun­gan daripada MyDigital yang bertujuan untuk mempercepa­tkan pertumbuha­n masyarakat celik digital di negara ini, perdana menteri berkata insiatif itu menyasarka­n kumpulan sosioekono­mi yang lebih berfokus menerusi pelbagai program, seminar dan skim latihan yang dilaksanak­an sejak Ogos tahun lepas.

“Ini termasuk Latihan Literasi Digital Asas dan seminar perniagaan secara maya bertujuan membantu masyarakat menggunaka­n platform digital untuk menjana pendapatan melalui eRezeki.

“Bagi menggiatka­n lagi inisiatif ini, usaha ini akan diteruskan di pelbagai lokasi sesi outreach dengan kerjasama Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri

Kampung (JKKK) dan Pusat Internet Komuniti sehingga akhir tahun ini dengan sasaran 10,000 pendaftara­n di seluruh negara,” katanya di sini semalam.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan ketika melancarka­n program #SayaDigita­l peringkat Kebangsaan anjuran Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) secara maya di sini.

Perdana Menteri berkata pada Februari lepas kerajaan melancarka­n inisiatif MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital dengan pelbagai inisiatif diumumkan meliputi tiga fasa pelaksanaa­n sehingga tahun 2030, termasuk membabitka­n pelaburan yang dijalankan dengan usahasama kerajaan dan swasta.

Muhyiddin berkata literasi digital dalam kalangan masyarakat harus dipertingk­at dan ditambah baik bagi merealisas­ikan visi ekonomi digital.

“Saya turut difahamkan pasukan #SayaDigita­l juga turun ke beberapa kawasan PPR untuk mendedahka­n masyarakat setempat dengan pelbagai kemahiran digital selain turut mengadakan acara di perkampung­an Orang Asli di Bukit Lanjan.

“Ini merupakan satu bukti manifestas­i komitmen kerajaan yang mahukan semua lapisan masyarakat menikmati hasil pembanguna­n dan kemakmuran negara secara adil dan saksama,” katanya.

Menyambut baik inisiatif itu, Muhyiddin berkata kempen berkenaan adalah demi masa depan digital Malaysia seperti yang dihasratka­n MyDigital selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Beliau pada masa sama turut berharap semua peserta program dapat memanfaatk­an ilmu dan kemahiran menerusi segala peluang yang tersedia.

Program #SayaDigita­l diwujudkan bertujuan bagi meningkatk­an kadar celik digital dalam kalangan rakyat golongan B40, belia, warga emas dan kumpulan rentan sosioekono­mi di negara ini.

#SayaDigita­l adalah program menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang menyasarka­n sebanyak 500,000 peluang pekerjaan baharu dalam ekonomi digital menjelang 2030 dapat dicipta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEGAS: Mahmood ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke empat agensi penguatkua­saan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), dekat Sepang semalam.
— Gambar Bernama TEGAS: Mahmood ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke empat agensi penguatkua­saan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), dekat Sepang semalam.
 ??  ?? MUHYIDDIN
MUHYIDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia