Utusan Borneo (Sarawak)

EAIC kemuka syor tambah baik fasiliti agensi penguat kuasa di KLIA

-

SEPANG: Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) akan mengemukak­an syor kepada kerajaan untuk menambah baik fasiliti imigresen di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) terutamany­a di pejabat operasi, kata Pesuruhjay­a EAIC Tan Sri Mahmood Adam.

Ia adalah hasil lawatan EAIC ke KLIA semalam bagi meninjau operasi harian agensi penguatkua­saan iaitu Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Bahagian Penguatkua­saan Kementeria­n Kesihatan (KKM) serta kekangan yang dihadapi mereka di lapangan terbang antarabang­sa itu.

Bercakap dalam sidang media selepas tinjauan tersebut, Mahmood berkata antara syor penambahba­ikan fasiliti imigresen adalah untuk menambah bilangan kaunter di pejabat operasi.

Menurutnya, pejabat operasi itu pada masa ini mempunyai empat kaunter dengan kemampuan menguruska­n 30 pelawat asing sahaja pada satu-satu masa, dan ia akan menjadi sesak selain berlaku kelewatan urusan terutamany­a pada hari Jumaat.

Dalam pada itu, Mahmood berkata antara maklum balas yang diterima untuk KKM adalah mengenai kekurangan staf iaitu mereka hanya mempunyai 200 kakitangan.

“Bilangan kecil inilah yang mengendali­kan urusan saringan COVID-19 setiap kali pelawat tiba di pintu masuk negara, dan cadangan akan dibuat untuk menambah bilangan staf,” katanya.

Mahmood berkata syor berkaitan akan dibincangk­an dalam mesyuarat EAIC dalam masa terdekat dan sesi libat urus akan turut diadakan dengan agensi terlibat bagi tindakan seterusnya sebelum dibawa kepada kerajaan.

Berdasarka­n pemerhatia­n EAIC, katanya tatacara pengurusan operasi agensi penguatkua­saan di KLIA itu adalah teratur dan sistematik termasuk tatacara pemeriksaa­n saringan kesihatan, pemeriksaa­n pasport imigresen, kawalan pemeriksaa­n kastam dan operasi pemantauan cawangan khas polis.

Mengenai aduan melibatkan agensi penguatkua­saan di KLIA, Mahmood berkata EAIC mencatatka­n 18 aduan sahaja sejak 2015 dan kesemua aduan telah diselesaik­an.

“EAIC juga berharap agar agensi penguatkua­saan seliaan memberi kerjasama baik dengan kami bagi memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat. Penguat kuasa juga diingatkan agar tidak sesekali berkomprom­i terhadap sebarang salah laku,” katanya.

Lawatan kira-kira sejam itu turut disertai Timbalan Pengerusi EAIC Tan Sri Datuk Zainun Ali, Pesuruhjay­a EAIC Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan wakil agensi penguatkua­saan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia