Utusan Borneo (Sarawak)

Diskaun 70 peratus saman JPJ bermula hari ini

-

PUTRAJAYA: Diskaun 70 peratus selama dua bulan ditawarkan untuk semua saman Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bermula hari ini termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tawaran diskaun untuk saman yang boleh dikompaun itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-75 JPJ, melibatkan 3.5 juta saman aktif yang dikenal pasti sejak 2010 hingga Mac tahun ini.

Beliau berkata pembayaran saman dengan diskaun yang ditetapkan itu boleh dibuat di semua pejabat JPJ serta secara dalam talian melalui portal rasmi jabatan.

“Saya galakkan bayar saman ini secara dalam talian bagi mengelakka­n berlakunya kesesakan di JPJ selain ia kurang memudaratk­an,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Jubli Platinum Ulang Tahun JPJ ke-75 di sini semalam.

Wee berkata JPJ juga memperkena­lkan sistem menunggu giliran secara dalam talian iaitu JPJeQ semalam bagi mengelakka­n 3C (tempat sesak, sempit dan duduk jarak dekat) di semua premis dan kaunter JPJ.

“Aplikasi secara mobile itu membenarka­n pelanggan membuat pilihan cawangan JPJ yang tidak ramai pelanggan serta menggunaka­n kod QR untuk mendapatka­n nombor giliran dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas,” kata Wee.

Bersempena ulang tahun itu juga, JPJ melancarka­n siri nombor pendaftara­n ‘FD’ bagi Wilayah Persekutua­n Putrajaya yang boleh dibida selama lima hari bermula hari ini melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftara­n Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

Wee berkata bidaan nombor pendaftara­n itu akan ditutup jam 10 malam pada Jumaat dan keputusann­ya diumumkan pada 17 April.

“Siri FD merupakan kesinambun­gan dari siri ‘FC’ yang menjadi perintis bidaan nombor pendaftara­n kenderaan dalam talian iaitu JPJeBid yang kini telah dilaksanak­an di seluruh negara,” katanya lagi. — Bernama

 ??  ?? WEE KA SIONG
WEE KA SIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia