Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM lanjut tempoh diskaun 50 peratus MyBayar saman

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutka­n tempoh lanjutan diskaun 50 peratus bayaran saman kompaun kesalahan trafik menerusi aplikasi MyBayar Saman sehingga Khamis ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata berikutan sambutan menggalakk­an, tempoh lanjutan empat hari itu dilaksanak­an bagi memberi peluang orang awam menjelaska­n saman kompaun kesalahan trafik masing-masing.

“Sehingga semalam iaitu hari ke-18 tempoh diskaun berkenaan diperkenal, PDRM mengutip sejumlah lebih RM73 juta bayaran saman daripada orang ramai membabitka­n 659,998 saman.

“Jumlah itu merangkumi 56,909 saman membabitka­n bayaran berjumlah lebih RM6.28 juta dijelaskan melalui aplikasi MyBayar Saman,” menurut beliau dalam satu kenyataan dikeluarka­n semalam.

Azisman berkata sehingga kini seramai 708,030 pengguna telah berdaftar dengan aplikasi MyBayar Saman.

Pada 25 Mac lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata orang ramai yang mempunyai saman kompaun trafik boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus menerusi pendaftara­n portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman, sehingga 11 April.

Bagaimanap­un tawaran diskaun itu tidak terpakai untuk kesalahan utama trafik antaranya melanggar lampu isyarat merah; memandu melebihi had laju ditetapkan; memotong garisan berkembar; menggunaka­n telefon semasa memandu dan memandu di lorong kecemasan.

Orang ramai boleh menggunaka­n perkhidmat­an dalam talian MyBayar Saman dengan melayari portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov. my manakala bagi aplikasi mudah alih perlu memuat turun menerusi Google Playstore atau Apple Store serta mendaftar sebagai pengguna sebelum bayaran dapat dibuat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia