Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mahu perkasa MIB tangani isu pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat India

-

MUAR: Kerajaan akan memperkasa­kan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dalam usaha menangani isu pembanguna­n sosioekono­mi masyarakat India khususnya golongan keluarga berpendapa­tan rendah (B40).

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pelan berkenaan akan ditambah baik dengan pembahagia­n tiga kluster iaitu modal insan, keusahawan­an dan kerjaya serta kesejahter­aan sosial bagi memastikan golongan sasar menerima manfaat menyeluruh.

“Sebelum ini, MIB dilancarka­n pada 2017 namun pelan (sedia ada) terlalu luas skopnya dan tiada fokus kepada kluster. Jadi kita bangunkan semula pelan ini supaya Unit Transforma­si Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang diterajui Kementeria­n Perpaduan Negara mudah melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

“Memandangk­an pihak MITRA setiap tahun menerima peruntukan kerajaan kirakira RM100 juta sekali gus ia akan digunakan sebaiknya mengikut perancanga­n yang ditetapkan untuk komuniti India,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan,

Perdaganga­n dan Hal Ehwal Pengguna Johor Dr Chong Fat Full.

Untuk rekod, MIB dilancarka­n oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2017 sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembanguna­n kaum India bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Halimah menyerahka­n replika cek bernilai RM4.056 juta kepada Dr Chong untuk diserahkan kepada 826 Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negeri Johor bagi melaksanak­an program dan aktiviti sekali gus menggerakk­an agenda perpaduan nasional dalam sesebuah komuniti itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia