Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji pengambila­n semula pekerja asing bagi sektor tertentu

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji pengambila­n semula pekerja asing bagi sektor-sektor tertentu di negara ini, yang sukar mendapat pekerja dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau menjelaska­n, ia berikutan terdapat permintaan pihak majikan daripada sektor perladanga­n, pertanian, pembuatan dan pembanguna­n, yang mempunyai bidang kerja yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.

Saravanan berkata, kementeria­nnya sedang berbincang dengan semua pihak berkenaan sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Terdapat hampir 400,000 peluang pekerjaan masih tidak diisi dalam empat bidang ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Kerjaya Urban Poor (UP) di Pusat Komuniti Setiawangs­a di sini semalam.

Saravanan menjelaska­n selaku menteri yang bertanggun­gjawab terhadap majikan dan pekerja, beliau risau dengan keadaan pihak majikan yang sukar untuk mendapatka­n pekerja bagi sektor 3D iaitu kotor, sukar dan bahaya.

Bagaimanap­un, beliau berkata kerajaan masih menawarkan semua tawaran pekerjaan itu kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan kini membekukan pengambila­n pekerja asing bagi semua sektor.

Sementara itu Saravanan berkata, 34,283 peluang pekerjaan telah ditawarkan 164 majikan sepanjang Program Kerjaya UP anjuran Pertubuhan Keselamata­n

Sosial (PERKESO), yang dijalankan di 10 negeri sejak 1 April lepas.

“Ini termasuk Kerjaya UP yang diadakan hari ini (semalam), yang menyaksika­n 10,592 jawatan kosong disediakan oleh 39 majikan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia