Utusan Borneo (Sarawak)

MyKasih Kapital perkasa usahawan wanita

Usahawan terkesan akibat COVID-19 dibantu dengan peruntukan RM2 juta: Rina

-

Sekiranya perlu, kami akan memohon dana tambahan daripada kerajaan bagi memanfaatk­an lebih ramai wanita

” lagi.

Datuk Seri Rina Mohd Harun

SEPANG: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntu­kkan RM2 juta bagi program MyKasih Kapital yang menyasar untuk memperkasa­kan usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, program itu akan dilaksanak­an melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan yayasan itu juga akan melakukan kajian penilaian keberhasil­an ke atas usahawan yang telah menerima geran tersebut.

Rina yang juga Pengerusi LembagaPem­egangAmana­h YKN berkata suntikan dana MyKasih Kapital akan bergantung kepada jenis perniagaan iaitu minimum RM500 dan maksimum RM1,000.

“Kajian itu pula akan menilai kesan impak sosial yang dihasilkan menerusi pemberian geran seperti jumlah pendapatan yang mampu dijana setiap penerima,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan geran MyKasih Kapital, di sini

Menteri KPWKM

semalam.

Rina berkata, setakat ini pihaknya telah menerima hampir 12,000 permohonan dan pemohon akan disenarai pendek sebelum diberi geran.

“Sekiranya perlu, kami akan memohon dana tambahan daripada kerajaan bagi memanfaatk­an lebih ramai wanita lagi,” katanya.

Permohonan­MyKasihKap­ital boleh dibuat menerusi https://docs.google.com/ forms/d/e/1FAIpQLScN 38AiRaxxGV­jsxHiOzW r4sD6-kF1rRKbXtb­NgwQF2Db3b­Qw/viewform dan bantuan akan diberikan tertakluk kepada terma dan syarat.

Seorang pengusaha rempeyek Zaiti Norzaikah Sylong dari Kampung Giching di sini berkata geran yang diterimany­a akan digunakan sebagai modal perniagaan dan bagi menyiapkan tempahan Hari Raya.

Ibu empat anak itu berkata, beliau memulakan perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lepas memandangk­an suaminya juga hilang punca pendapatan akibat COVID-19.

Sementara itu, Nornabila Natasha Abdullah, 21, yang mengusahak­an warung makan di Bukit Changgang berkata beliau akan menggunaka­n dana itu untuk membeli perkakasan dapurnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU USAHAWAN: Rina (tengah) beramah mesra bersama para penerima geran pada Majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital di sebuah hotel di Sepang, semalam.
— Gambar Bernama BANTU USAHAWAN: Rina (tengah) beramah mesra bersama para penerima geran pada Majlis Penyerahan Geran MyKasih Kapital di sebuah hotel di Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia