Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen Cuti-Cuti Malaysia ‘Jom Dive’, tawar pelbagai pakej skuba

-

KUALA LUMPUR: Orang ramai kini boleh menikmati aktiviti selam skuba dan menerokai khazanah hidupan marin menerusi pakej istimewa melalui Kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) ‘Jom Dive!’, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata kempen pelanconga­n terbaharu Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penyelam Skuba Malaysia bermula semalam hingga 31 Mei depan itu, menawarkan potongan harga istimewa bagi lesen aktiviti selam skuba selain pelbagai pakej pelanconga­n menarik.

Katanya, usaha itu bagi menggalakk­an rakyat Malaysia mengunjung­i pulau-pulau di negara ini serta menikmati kepelbagai­an khazanah marin.

“Sebanyak 1,000 pakej selam skuba ditawarkan berdasarka­n terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’, selain pemberian diskaun sebanyak RM450 bagi setiap pembelian pakej berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu resit.

“Menerusi kempen ini, diharapkan dapat meningkatk­an keyakinan rakyat untuk melancong serta menyemarak­kan semula sektor pelanconga­n domestik dengan memaksimum­kan penggunaan sumber sedia ada,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nancy berkata usaha itu sekali gus diharap dapat memupuk minat, kesedaran serta rasa kecintaan orang ramai terhadap keindahan dasar laut semula jadi yang terdapat di dalam negara ini.

Maklumat lanjut berkenaan kempen ini boleh melayari laman sesawang Tourism Malaysia, www.malaysia. travel atau platform www. xtvt.com.my.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Nancy berkata Kementeria­n Kewangan telah meluluskan penyambung­an semula peruntukan khas program Dana Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) yang masih berbaki RM3.08 juta bagi kegunaan program sepanjang tahun ini.

Beliau berkata program GAMELAN yang diperkenal­kan pada 9 Julai 2019 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta telah ditangguhk­an tahun lepas ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020.

Katanya kementeria­n melalui Tourism Malaysia akan meneruskan pemberian GAMELAN untuk kempen promosi dan pemasaran sektor pelanconga­n dalam dan luar negara bagi meningkatk­an jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia, sekali gus merancakka­n kembali sektor pelanconga­n domestik.

Beliau berkata garis panduan GAMELAN juga ditambah baik bersesuaia­n dengan norma baharu pasca COVID19 bagi mengaktifk­an semula sektor pelanconga­n, seni dan budaya yang terjejas teruk dengan mengambil kira aspek promosi pelanconga­n secara digital.

“Turut dipinda ialah siling peruntukan untuk setiap syarikat yang dinaikkan dari RM200,000 ke RM300,000. Bagi promosi dalam dan luar negeri, juga masing-masing dinaikkan kepada RM20,000 dan RM30,000,” katanya.

Nancy berkata prosedur permohonan­danpembaya­ran juga akan dipermudah dengan mengambil kira pelaksanaa­n lebih sesuai berdasarka­n situasi semasa antaranya melibatkan aktiviti promosi digital seperti penyertaan pameran pelanconga­n dan misi jualan secara maya.

Menurutnya, pihak yang layak memohon GAMELAN ialah agensi dan persatuan pelanconga­n berdaftar, pengusaha penginapan, persatuan beli-belah, pelanconga­n berasaskan komuniti, kelab atau persatuan yang mempromosi­kan produk minat khas (niche) serta aktiviti pelanconga­n berkaitan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia