Utusan Borneo (Sarawak)

Red Devils tewaskan Tottenham, bangkit dari ketinggala­n

Man United menggagalk­an usaha Tottenham buru empat tangga teratas liga sementara West Ham menewaskan Leicester 3-2

-

“Anda melihat kedudukan liga dan anda melihat jurang dengan empat pasukan teratas. Anda tahu betapa sukarnya untuk mencapai sasaran itu ” sekarang.

Jose Mourinho

Ketua jurulatih Tottenham Hotspur

LONDON: Manchester United bangkit dari ketinggala­n sebelum memusnahka­n impian Tottenham Hotspur memburu empat tangga teratas Liga Perdana Inggeris pada Ahad sementara Jesse Lingard membantu West Ham United menang 3-2 ke atas Leicester City.

United ketinggala­n menerusi gol Son Heung-min dalam separuh masa pertama sebelum menjaringk­an tiga gol selepas rehat menerusi cubaan Fred, Edinson Cavani dan Mason Greenwood.

United meraih kemenangan liga yang keempat berturut-turut, sekali gus menebus kekalahan memalukan 1-6 kepada Tottenham pada bulan Oktober lepas.

United dinafikan gol pembukaan dalam separuh masa pertama apabila gol Cavani tidak dibenarkan pengadil, Chris Kavanagh, yang menyemak monitor tepi padang untuk membuat keputusan bahawa lengan Scott McTominay menyentuh muka Son sebelum gol dijaringka­n walaupun ia jelas tidak disengajak­an.

Son kemudian meletakkan Spurs di hadapan pada minit

ke-40 dengan rembatan jarak dekat selepas Harry Kane dan Lucas Moura membuka ruang di pertahanan United.

Tetapi United mengikat kedudukan pada minit ke-57 apabila Paul Pogba mengumpan bola kepada Cavani, dengan rembatanny­a berjaya ditepis penjaga gol Hugo Lloris tetapi bola muntah disempurna­kan Fred untuk gol liga pertamanya sejak 2018.

Pada minit ke-79, Cavani menjaringk­an gol buat kali pertama dalam tujuh perlawanan apabila menyempurn­akan hantaran Greenwood, yang kemudian melengkapk­an jaringan pada minit kecederaan untuk meletakkan mereka kurang 11 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

“Reaksi yang hebat. Kami bermain beberapa aksi hebat dalam separuh masa kedua. Kami merasakan ketidakadi­lan di atas pembatalan gol pembukaan dan kami mempamerka­n karektor yang bagus untuk bangkit semula. Kami tidak membiarkan keputusan itu menjejaska­n musim kami,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Kekalahan adalah satu kekecewaan besar buat harapan Tottenham memburu empat tangga teratas liga. Mereka kini berada di tangga ketujuh, enam mata di belakang West Ham United yang menduduki tangga keempat liga, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara dan spekulasi semakin tersebar tentang pemergian pengurus kelab, Jose Mourinho dan penyerang bintang, Harry Kane pada musim panas ini nanti.

“Ia satu pujian bagi saya dengan cara kami bermula, cara kami mengawal permainan. Kemudian tiba-tiba kami

hilang rentak dan ia adalah satu situasi di mana saya tidak berasa selesa untuk bercakap dengan media,” kata Mourinho ketika Tottenham kini sudah kehilangan 18 mata ketika mendahului kedudukan.

“Anda melihat kedudukan liga dan anda melihat jurang dengan empat pasukan teratas. Anda tahu betapa sukarnya untuk mencapai sasaran itu sekarang.”

Di Stadium London, Lingard menjaringk­an dua gol dalam separuh masa pertama untuk mengekalka­n prestasi memberangs­angkan beliau sejak menyertai West Ham untuk kontrak pinjaman dari Manchester United pada bulan Januari. Pemain berusia 28 tahun itu menjaringk­an lapan gol dalam sembilan penampilan dan dipanggil ke skuad kebangsaan England barubaru ini.

Jarrod Bowen menjaringk­an gol ketiga West Ham selepas rehat ketika skuad kendalian David Moyes melonjak ke tangga keempat liga, satu mata di hadapan Chelsea dan dua mata di hadapan Liverpool di tangga keenam dengan baki tujuh perlawanan untuk ketiga-tiga pasukan.

Kelechi Iheanacho menjaringk­an dua gol pad 20 minit terakhir buat Leicester tetapi selepas hampir pasti mengekalka­n kedudukan dalam empat tangga teratas, Leicester kini mengharapk­an perkara yang sama musim lepas tidak berlaku apabila tercicir dari empat tangga teratas pada akhir musim selepas sentiasa berada di empat tangga teratas.

Newcastle meningkatk­an peluang mengelak penyingkir­an apabila menewaskan Burnley 2-1.

Anak buah Steve Bruce bangkit dari ketinggala­n untuk menamatkan tujuh perlawanan tanpa menang menerusi gol Jacob Murphy dan Allan Saint-Maximin selepas Matej Vydra meletakkan Burnley di hadapan.

Newcastle kini enam mata di atas zon penyingkir­an dan kurang satu perlawanan berbanding Fulham, pasukan di tangga ketiga dari bawah liga.

Sheffield United mungkin akan disahkan tersingkir dari Liga Perdana pada minggu hadapan selepas tewas 0-3 kepada Arsenal di tempat sendiri pada perlawanan lain.

Alexandre Lacazette menjaringk­an dua gol di antara gol Gabriel Martinelli.

Kemenangan tidak begitu menggembir­akan buat Arsenal kerana peluang mereka untuk memburu empat tangga teratas liga mungkin tipis kerana kurang 10 mata di belakang West Ham di tangga kesembilan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BOLOS: Cavani menanduk masuk bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
— Gambar AFP BOLOS: Cavani menanduk masuk bola pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur di London, kelmarin.
 ??  ?? MASON
MASON
 ?? — Gambar AFP ?? RAI: Lingard (tengah) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham United dan Leicester City di The London Stadium, kelmarin.
— Gambar AFP RAI: Lingard (tengah) meraikan gol kemenangan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara West Ham United dan Leicester City di The London Stadium, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia