Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Inter tewaskan Cagliari 1-0 kekalkan kedudukan di tangga teratas

-

MILAN: Inter Milan mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas Serie A Itali apabila Matteo Darmian menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika menewaskan Cagliari 1-0, sekali gus melanjutka­n rekod memenangi 11 perlawanan berturut-turut pada Ahad.

Juara bertahan, Juventus, mengekalka­n kedudukan di tangga ketiga dengan kemenangan 3-1 ke atas Genoa sementara Atalanta menang tipis 3-2 ke atas Fiorentina untuk kekal di tangga keempat, di hadapan Napoli, yang menang 2-0 di Sampdoria.

“Kami mula melihat garisan penamat,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte selepas Inter kembali dengan kelebihan 11 mata di hadapan pencabar terdekat yang juga kelab jirannya, AC Milan, yang menewaskan Parma 3-1 pada perlawanan hari Sabtu.

Achraf Hakimi masuk dari bangku simpanan dan mengumpan bola kepada Darmian untuk gol kemenangan ketika berbaki 13 minit perlawanan di San Siro.

“Ia bukan mudah untuk sentiasa tertekan tetapi kami sudah membiasaka­n diri,” kata Conte ketika merujuk impian memburu kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 2010.

“Kami hanya perlu terus mengekalka­n rentak untuk mencapai sasaran kami.”

Penjaga gol Cagliari, Guglielmo Vicario, menggantik­an Alessio Cragno kerana COVID-19, mengekalka­n harapan pasukannya sehingga ke akhir permainan dengan menepis cubaan Christian Eriksen dalam kedua-dua babak permainan.

Romelu Lukaku mengumpan bola kepada Alexis Sanchez yang memikirkan beliau sudah memecah kebuntuan selepas 15 minit permainan berlalu tetapi gol itu tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Conte melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Hakimi untuk Ashley Young pada minit ke-69 dan Lautaro Martinez untuk Sanchez.

Pertukaran pertama membuahkan hasil segera apabila Hakimi berganding­an dengan Lukaku sebelum mengumpan kepada Darmian, pemain pinjaman dari Parma, untuk gol kemenangan dan meletakkan Inter semakin hampir memenangi kejuaraan liga yang ke-19 dalam sejarah kelab.

“Dari segi psikologi, kami memberikan isyarat penting hari ini,” kata Darmian.

“Conte memberikan keazaman untuk menang. Anda boleh melihatnya dalam padang. Semua orang merasakan mereka mempunyai peranan untuk pasukan.”

Penguasaan Juventus selama sembilan tahun dalam Serie A dijangka akan berakhir apabila ketinggala­n 12 mata di belakang Inter dan kini bersaing untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas hanya empat mata memisahkan pasukan di tangga kedua dan kelima.

Penjaring terbanyak liga, Cristiano Ronaldo, gagal menjaringk­an gol untuk menambah koleksi 25 gol beliau musim ini.

“Ia berlaku kepada semua orang,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo ketika bercakap tentang reaksi marah Ronaldo selepas perlawanan.

“Cristiano mahu menjaringk­an gol dalam semua perlawanan kerana beliau seorang juara dan mahu membuktika­nnya dalam perlawanan.”

Dejan Kulusevski membuka jaringan seawal minit keempat perlawanan di Turin.

Juventus menambah jaringan pada minit ke-22 apabila rembatan Federico Chiesea ditepis Mattia Perin tetapi bola muntah rembatan Ronaldo terkena palang sebelum Alvaro Morata akhirnya menolak bola ke pintu gol.

Gianluca Scamacca merapatkan kedudukan buat Genoa, empat minit selepas rehat sebelum Marko Pjaca gagal menyempurn­akan dua peluang terbaik untuk mengikat kedudukan.

Pemain gantian, Weston McKennie, melengkapk­an jaringan buat Juventus pada minit ke-70 untuk tiga mata berharga sebelum perlawanan menentang pesaing empat tangga teratas liga, Atalanta pada hujung minggu ini.

“Malangnya, mata yang kami hilang di tempat lawan kelihatan memberi kesan kepada musim kami, jadi kami mahu memperbaik­inya,” kata Pirlo.

Atalanta mengekalka­n kedudukan di tangga keempat, dua mata di hadapan Napoli tetapi dipaksa bekerjaker­as walaupun mendahului 2-0 pada masa rehat menerusi dua gol Duvan Zapata.

Dusan Vlahovic menjaringk­an dua gol dalam tempoh 10 minit di antara masa rehat untuk mengikat kedudukan sebelum Josip llicic menjaringk­an gol kemenangan dari satu tendangan penalti.

Napoli meraih kemenangan menerusi gol Fabian Ruiz, 10 minit sebelum rehat dan gol Victor Osimhen, tiga minit sebelum tamat permainan.

Pada perlawanan lain, Lazio, di tangga keenam, menewaskan Hellas Verona 1-0 menerusi gol minit akhir Sergej Milinkovic-Savic.

AS Roma berada satu anak tangga liga di belakang Lazio selepas turut menang 1-0 ke atas Bologna. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PEMBUKA TIRAI: Pemain pertahanan Inter Milan Achraf Hakimi (depan, kiri) menghantar bola kepada Darmian (belakang, tengah) untuk menjaringk­an gola pada perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Cagliari di stadium San Siro di Milan, kelmarin.
— Gambar AFP PEMBUKA TIRAI: Pemain pertahanan Inter Milan Achraf Hakimi (depan, kiri) menghantar bola kepada Darmian (belakang, tengah) untuk menjaringk­an gola pada perlawanan Serie A Itali di antara Inter Milan dan Cagliari di stadium San Siro di Milan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia