Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 264 atlet, pegawai ke Tokyo 2020 terima vaksin

-

KUALA LUMPUR: Seramai 264 atlet dan pegawai yang terlibat dengan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, bakal menerima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini sebagai persiapan ke temasya berkenaan.

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan hari ini memaklumka­n suntikan vaksin berkenaan akan dilakukan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut dijadualka­n menerima suntikan vaksin bersamasam­a atlet berkenaan.

“Aspek persiapan ke Tokyo merangkumi pemberian vaksin kepada atlet dan pegawai yang terlibat serta program yang diatur khas bagi menyemarak­kan lagi semangat menghadapi temasya ulung yang diterajui oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Reezal

Merican juga dijangka melancarka­n ‘countdown’ Detik 100 Hari ke Tokyo 2020, Rabu ini di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil bagi membangkit­kan semangat atlet dan mendapat sokongan masyarakat menerusi Program Jelajah Road to Tokyo 2020 yang digerakkan ke seluruh negara.

Program jelajah secara kayuhan basikal yang akan bermula dan berakhir di Bukit Jalil sempena majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke Tokyo 2020 pada Julai itu, akan diwakili oleh lima individu dari setiap negeri dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sukan dan rekreasi yang telah ditetapkan oleh

Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Reezal Merican akan melancarka­n laman web rasmi ‘Road to Tokyo 2020’ sebagai platform hebahan maklumat berkaitan kontinjen negara serta memperkena­lkan identiti kontinjen negara meliputi slogan, lagu dan sorakan sukan negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia