Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah tambat Penang FC di gelanggang lawan

-

GEORGE TOWN: Penang FC terikat seri 1-1 dengan Sabah FC di laman sendiri menerusi saingan Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam kelmarin.

Ketua Jurulatih Penang FC Tomas Trucha berkata keadaan hujan lebat pada separuh masa pertama telah menggagalk­an strategi pasukannya untuk memberi tekanan dan mengganggu permainan pihak lawan.

“Saya tidak menjangkak­an permainan yang mudah daripada Sabah FC dan menganggap pasukan lawan sukar dikalahkan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto menyifatka­n strategi yang dirangkany­a menjadi satu kelebihan buat pasukan itu kerana berjaya mengumpul satu mata yang disifatkan­nya sebagai sangat penting.

“Kita sudah menganalis­is corak permainan pasukan Penang FC yang merupakan satu pasukan yang ‘solid’. Kita berjaya seimbangka­n kekuatan Penang FC dan saya ucapkan tahniah kepada pasukan saya kerana telah bermain dengan luar biasa,” katanya.

Beliau berkata walaupun ketiadaan lima pemain tonggak utama pasukan seperti Rawilson Batuil, Azzizan Nordin, Mafry Balang, Sabri Sahar dan Maxsius Musa tidak menjadi halangan untuk pasukan itu terus mengasak pasukan lawan kerana beliau yakin setiap ahli pasukannya mampu memberikan permainan terbaik.

Setelah terikat tiada penjaringa­n gol dalam babak pertama, rembatan deras daripada Saddil Ramdani pada minit ke-52 mengejutka­n tuan rumah yang masih leka bermain di gelanggang sendiri.

Pulau Pinang pula dilihat melepaskan banyak peluang untuk menjaringk­an gol pada separuh masa kedua namun mampu menarik nafas lega apabila tandukan daripada Anselmo Da Silva berjaya melepasi gawang pasukan lawan pada saat-saat akhir perlawanan iaitu minit ke-85.

Keputusan seri yang dicatatkan mengekalka­n Penang FC pada kedudukan keempat dengan 15 mata, berkongsi dengan Terengganu FC sementara Sabah FC pula di tangga ke-10 dengan kutipan enam mata. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia