Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico seri menentang Real Betis, rampas kembali tangga teratas

-

MADRID: Atletico Madrid merampas kembali tangga teratas La Liga Sepanyol pada Ahad selepas seri 1-1 dengan Real Betis tetapi hanya kurang satu mata berbanding pencabar terdekat, Real Madrid.

Walaupun ketiadaan penyerang utama, Luis Suarez, Atletico membuka jaringan seawal minit kelima menerusi gol Yannick Carrasco.

Betis, yang berada di tangga keenam liga dan memburu kelayakan ke Liga Europa musim hadapan, mengikat kedudukan 15 minit kemudian menerusi gol Cristian Tello dari umpanan Alex Moreno.

Real Madrid merampas tangga teratas liga selepas menewaskan Barcelona 21 pada perlawanan hari Sabtu.

Dan ia adalah kali pertama Atletico tercicir dari tangga teratas liga sejak bulan Disember apabila mereka memiliki kelebihan 10 mata dan kurang satu perlawanan pada awal bulan Februari.

Barcelona di tangga ketiga, kurang satu lagi mata.

Kedua-dua penjaga gol beraksi tangkas untuk memastikan Atletico dan Betis pulang dengan satu mata pada Ahad.

Penjaga gol veteran, Claudio Bravo, menepis satu cubaan Saul Niguez pada minit ke-14 dan satu lagi cubaan Angel Correa pada lewat permainan.

Penjaga gol Atletico, Jan Oblak, juga beraksi cemerlang apabila menepis cubaan Emerson dan Diego Lainez.

Walaupun kembali ke tangga teratas liga, jurulatih Atletico, Diego Simeone, melihat senarai pemainnya yang cedera semakin bertambah.

Joao Felix mengalami kecederaan buku lali selepas terjahan keras dari Aissa Mandi sementara pemain pertahanan, Kieran Trippier juga mengalami kecederaan pada lewat permainan.

“Dalam separuh masa kedua, kami terjejas teruk tetapi saya mempunyai pemain yang memberikan segalagala­nya,” kata Simeone yang sudah beraksi tanpa Luis Suarez, Marcos Llorente, Moussa Dembele dan Geoffrey Kondogbia.

“Kami ketika ini cuba bertahan. Bertahan adalah perkataan yang menarik bagi saya. Bertahan, seperti yang dilakukan masyarakat dalam saat sukar ketika ini.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Pemain pertahanan Atletico Madrid Stefan Savic (kiri) bersaing dengan Cristian Tello pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Betis dan Club Atletico de Madrid di stadium Benito Villamarin di Seville, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Pemain pertahanan Atletico Madrid Stefan Savic (kiri) bersaing dengan Cristian Tello pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Betis dan Club Atletico de Madrid di stadium Benito Villamarin di Seville, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN DIRI: Yannick (kiri) memberikan isyarat di sebelah pengadil Cuadra Fernandez pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Betis dan Club Atletico de Madrid di stadium Benito Villamarin di Seville, kelmarin.
— Gambar AFP KAWALAN DIRI: Yannick (kiri) memberikan isyarat di sebelah pengadil Cuadra Fernandez pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Betis dan Club Atletico de Madrid di stadium Benito Villamarin di Seville, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia