Utusan Borneo (Sarawak)

PEMETAAN MENYELURUH STRATEGI KBS

Ini bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi berjalan dengan lancar, kata Reezal Merican

-

“Pelbagai inisiatif dan program untuk membantu kumpulan belia yang terjejas serta komuniti sukan yang terkesan telah ” dapat kita laksanakan.

Datuk Seri Reezal Merican Naina

Menteri Belia dan Sukan

KAJANG: Warga Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) diseru agar melakukan pemetaan menyeluruh strategi kementeria­n tahun ini terutamany­a bagi memastikan pembukaan semula sektor sukan dan rekreasi berjalan lancar.

Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pembukaan semula sektor berkenaan penting bagi mengisi objektif salah satu teras Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) iaitu ‘memacu pemulihan ekonomi’ seterusnya menjadikan strategi kerajaan lebih berkesan dan tuntas.

“Hari ini kita sedang berada dalam fasa penyusunan semula. Saya kira, bersesuaia­n dengan namanya kita semua perlu memastikan inisiatif dan pelan strategik kita yang bermula tahun 2021 ini memenuhi prinsip dan kerangka reform oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) KBS dekat sini, semalam.

PEMERKASA adalah inisiatif diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lepas sebagai usaha terbaharu kerajaan memulihkan ekonomi negara dan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau juga menyeru mereka untuk melihat kembali kepada ‘Strategi 6R’ iaitu ketegasan (Resolve); ketahanan (Resilient); memulakan semula (Restart); pemulihan (Recovery); memperkasa (Revitalise); dan menyusun semula (Reform) dalam berdepan cabaran COVID-19 seperti disebut Muhyiddin sebelum ini.

Reezal Merican juga menuntut warga KBS menunjukka­n sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi dalam melaksanak­an ikthiar baharu tahun ini seperti Model Baharu Pembanguna­n Belia, Visi Sukan Negara 2030 dan Blueprint Industri Sukan.

Pada masa sama beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian penerima APC KBS 2020 walaupun negara dilanda COVID-19 dan berharap agar mereka boleh menjadi kumpulan pemangkin kecemerlan­gan kepada semua warga kementeria­n selepas ini.

“Pelbagai inisiatif dan program untuk membantu kumpulan belia yang terjejas serta komuniti sukan yang terkesan telah dapat kita laksanakan,” katanya.

Seramai 410 pegawai dan kakitangan KBS diberi pengiktira­fan atas pencapaian cemerlang mereka tahun lepas dengan penerima dianugerah­kan sijil perkhidmat­an cemerlang dan insentif RM1,000 berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Setiausaha KBS Datuk M Noor Azman Taib.

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? ANUGERAH: Reezal Merican (kanan) menyampaik­an anugerah perkhidmat­an cemerlang 2020 kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Menteri, Saiful Azhar Shaharun (kiri) peringkat kementeria­n berkenaan di Bangi, semalam.
— Gambar Bernama ANUGERAH: Reezal Merican (kanan) menyampaik­an anugerah perkhidmat­an cemerlang 2020 kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat Menteri, Saiful Azhar Shaharun (kiri) peringkat kementeria­n berkenaan di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia