Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun 23 projek bekalan air

Projek dari Kota Samarahan ke Sebuyau itu melibatkan peruntukan berjumlah RM462.23 juta: Dr Abdul Rahman

-

“Di samping menambah baik sistem bekalan air sedia ada, projek ini juga dijangka melonjakka­n taraf sosioekono­mi masyarakat setempat dan menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n ” ekonomi lebih mampan.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Menteri Muda Bekalan Air

SADONG JAYA: Kerajaan negeri akan membangunk­an 23 projek bekalan air berimpak tinggi dari Kota Samarahan ke Sebuyau melibatkan peruntukan berjumlah RM462.23 juta.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek berkenaan termasuk Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) bagi menambah baik infrastruk­tur dan sistem bekalan air di Samarahan sejak 2018.

Beliau berkata, projekproj­ek berkenaan dirancang dengan teliti melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di bahagian berkenaan.

“Di samping menambah baik sistem bekalan air sedia ada, projek ini juga dijangka melonjakka­n taraf sosioekono­mi masyarakat setempat dan menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi lebih mampan.

“Selain itu ia memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada pendudukdi­kawasanAsa­jaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau dan Simunjan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Stesen Pam Penggalak Asajaya dan tapak projek Tangki Aras Tinggi Sadong Jaya, semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) menjelaska­n, projek yang dijangka siap pada tahun depan itu melibatkan kerjakerja pembinaan saluran paip baharu, pembinaan tangki aras tinggi serta stesen pam penggalak, penggantia­n saluran paip lama dan kerjakerja menaik taraf loji rawatan air.

“Setakat ini, 12 projek telah siap dan ia berjaya menangani isu bekalan air di beberapa kawasan di Asajaya dan Sadong Jaya,” tambahnya.

Beliau berkata, bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di bahagian Samarahan, JBALB akan memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaa­n akan disiapkan dalam jangka masa ditetapkan.

“Projek-projek ini merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi menyelesai­kan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh,” jelasnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Residen Kota Samarahan Brahim Lumpu dan Pengarah JBALB Chang Kuet Shian.

 ??  ??
 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Abdul Rahman (dua kanan) ketika mengadakan lawatan kerja ke salah satu tapak projek bekalan air bahagian Samarahan semalam.
TURUN PADANG: Dr Abdul Rahman (dua kanan) ketika mengadakan lawatan kerja ke salah satu tapak projek bekalan air bahagian Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia