Utusan Borneo (Sarawak)

KRU BOT NELAYAN JATUH LAUT DI PERAIRAN IGAN

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching mengaktifk­an operasi mencari dan menyelamat di perairan Igan, Mukah berikutan laporan kejadian seorang kru bot nelayan disyaki jatuh ke laut.

Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, MRSC Kuching menerima maklumat daripada Balai Polis Ulu Lanang menyatakan seorang kru bot nelayan tempatan dikhuatiri jatuh ke laut awal pagi kelmarin pada jarak lebih kurang 19 batu nautika dari Kuala Igan.

“Rakan mangsa telah menghubung­i majikan menyatakan mangsa dikhuatiri jatuh dari bot selepas menyedari mangsa hilang dan tiada di atas bot pada jam 8 pagi (Ahad),” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, mangsa dikenali sebagai Azrie Shafian Floren, 28, warga tempatan dikatakan kali terakhir memakai baju warna biru dan berseluar pendek hitam.

“Setakat jam 7.30 malam Ahad, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pencarian memfokuska­n di sekitar posisi terakhir mangsa dipercayai jatuh ke laut,” tambahnya.

Setakat jam 3 petang semalam, pasukan mencari dan menyelamat belum menemui sebarang petunjuk.

Sehubungan itu tegas beliau, Maritim Malaysia menggesa komuniti maritim agar membatalka­n niat ke laut sekiranya cuaca buruk.

“Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamata­n dengan sentiasa memakai jaket keselamata­n memandangk­an keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082432544.

 ??  ?? HILANG: Lokasi mangsa
dilaporkan terjatuh ke laut sebelum hilang.
HILANG: Lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke laut sebelum hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia