Utusan Borneo (Sarawak)

KLUSTER JALAN BADARUDIN MELIBATKAN UNIT DI IPK SARAWAK

-

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing berkata, Kluster Jalan Badarudin yang diisytihar­kan kelmarin membabitka­n sebuah unit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang mengesan dan melakukan saringan kepada kontak kluster ini.

“Kluster ini melibatkan sebuah unit di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak. Unit ini telah ditutup kerana semua pegawainya diarah menjalani kuarantin,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

Beliau memberitah­u, blok bangunan yang menempatka­n unit tersebut telah dinyahkuma­n.

Dr Chin bagaimanap­un memaklumka­n bahawa beliau tidak boleh mengulas lanjut terutama sejarah kes indeks kluster berkenaan kerana JKNS sedang giat mengumpul maklumat terperinci.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Negeri Datuk Aidl Ismail ketika dihubungi mengesahka­n setakat semalam, 17 kes positif dikesan dalam kluster berkenaan membabitka­n kakitangan sokongan Pejabat Kem Komandan.

Menurutnya kakitangan sokongan Pejabat Kem Komandan itu telah didiagnosi­s pada 6 April lalu. Menjelas lanjut Aidi berkata, daripada 17 kes positif dikesan dalam kluster berkenaan, seorang merupakan pegawai kanan, enam anggota bawahan, empat kakitangan awam dan enam lagi orang awam (ahli keluarga).

“Bagaimanap­un, situasi ini tidak menjejaska­n penugasan polis. Ketika ini pejabat Kem Komandan ditutup bagi membolehka­n kerja-kerja sanitasi dilakukan,” katanya.

Menurut Aidi, pejabat Kem Komanden menempatka­n lebih ramai kakitangan sokongan seperti pekerja selenggara, tukang kebun dan pembersih pejabat.

Selain Kluster Jalan Badarudin, Kuching, JKNS kelmarin mengisytih­arkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Abak Bon, Subis dan Kluster Nanga Kelangas, Julau.

Penambahan tiga kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak setakat kelmarin, 49.

 ??  ?? DR CHIN
DR CHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia