Utusan Borneo (Sarawak)

Mikro kredit pemangkin usahawan berkembang maju

Inisiatif Kerajaan PN diteruskan di bawah PEMERKASA amat dialu-alukan untuk bangkitkan kembali sektor ekonomi

- Oleh Siti Aisyah Narudin dan Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan bernilai RM20 bilion merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) membantu rakyat terutama golongan terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pakej rangsangan keenam itu menampilka­n 20 inisiatif strategik untuk melonjakka­n pertumbuha­n ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

Ia adalah kesinambun­gan pakej-pakej rangsangan yang diperkenal­kan Kerajaan PN sejak setahun lalu untuk memastikan kesejahter­aan rakyat dan ekonomi negara kembali pulih daripada impak COVID-19.

Pembiayaan mikro kredit adalah antara inisiatif PEMERKASA dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion dan dana pembiayaan tambahan sebanyak RM500 juta melalui program-program di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN Nasional, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SME Corp.

Usahawan wanita yang juga pemilik kedai Kinabalu Sports & Souvenir Sdn Bhd Resdianti Dise berkata, sejak menerima kemudahan mikro kredit, perniagaan yang dijalankan­nya semakin bertambah maju.

“Dana mikro kredit saya gunakan untuk membeli mesin bagi menyulam logo dan juga mesin jahit biasa untuk tempahan lencana.

“Biarpun terjejas akibat COVID-19, pihak TEKUN nampak kesungguha­n saya dari segi disiplin membuat pembayaran balik sejak pinjaman yang pertama lagi.

“Pembiayaan daripada TEKUN ini juga menjadi pelengkap kepada kekurangan perniagaan saya semasa memerlukan modal untuk menambah peralatan di kedai saya,” katanya.

Beliau yang tinggal di Tuaran menjalanka­n perniagaan menjual peralatan sukan, pakaian seragam dan peralatan sekolah, pencetakan serta sulaman logo bermula 2006 di sebuah kedai kecil yang disewa sekitar RM300.

Kini selepas hampir 15 tahun, kedainya beroperasi di dua lot kedai di Kompleks Asia City, Kota Kinabalu.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak TEKUN yang banyak memberi tunjuk ajar dan kerjasama sejak saya mendapat bantuan pinjaman daripada mereka,” katanya.

“Biarpun terjejas akibat pandemik COVID19, pihak TEKUN nampak kesungguha­n saya dari segi disiplin membuat pembayaran balik sejak pinjaman yang pertama lagi.

Resdianti Dise

Pemilik kedai Kinabalu Sports & Souvenir Sdn Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEMAKIN MAJU: Pembiayaan mikro kredit membantu perniagaan Resdianti berkembang maju.
SEMAKIN MAJU: Pembiayaan mikro kredit membantu perniagaan Resdianti berkembang maju.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia