Utusan Borneo (Sarawak)

Kluster Jalan Puncak Borneo diisytihar

Kluster baharu babitkan pelatih PULAPOL, Kluster Pasai dan Kluster Buloh tamat

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) semalam mengisytih­arkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puncak Borneo, Kuching.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataann­ya berkata, Kluster Jalan Puncak Borneo, Kuching adalah kluster di tempat kerja yang melibatkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Puncak Borneo, Kuching.

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-19,697 yang merupakan seorang pelatih pusat latihan tersebut yang telah disaring melalui saringan individu bergejala pada 9 April di Klinik Kesihatan Kota Sentosa, Kuching.

“Kes yang mula mengalami demam pada 8 April dan telah disahkan positif COVID-19 pada 12 April. Kes yang berasal dari Perlis datang ke Sarawak pada 22 November dan telah menjalani kuarantin semasa tiba di pusat latihan tersebut,” jelasnya.

Menurut JPBNS, perebakan jangkitan dalam kalangan pelatih PULAPOL berpunca dari pergaulan rapat dan kurang amalan perjarakan fizikal di antara pelatih yang tinggal di asrama platun dan kompeni yang sama.

Hasil siasatan lanjut dan saringan ke atas kontak rapat dan rakan sepelatih kepada kes indeks ini, tambahan seramai 60 kes telah dikesan positif COVID-19. Sehingga 13 April, sejumlah 111 individu telah disaring melibatkan kluster ini, tambahnya.

“Seramai 61 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 50 negatif saringan pertama dan tiada kes individu yang menunggu keputusan ujian.

“Kesemua kes positif melibatkan kluster ini telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah dimasukkan ke PKRC di Kuching untuk pengasinga­n dan rawatan lanjut,” katanya.

Semalam juga, JPBNS memaklumka­n JKNS mengisytih­arkan dua kluster COVID-19 tamat, iaitu Kluster Pasai, Sibu dan Kluster Buloh, Selangau setelah tiada kes baharu dikesan melibatkan kedua-dua kluster berkenaan dalam 28 hari yang lalu.

Sementara itu, JPBNS memaklumka­n setakat ini 48 kluster yang masih aktif dan daripada jumlah tersebut, 12 kluster yang melaporkan penambahan kes manakala 36 lagi tidak ada penambahan kes.

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-19,697 yang merupakan seorang pelatih pusat latihan tersebut yang telah disaring melalui saringan individu bergejala pada 9 April di Klinik Kesihatan Kota Sentosa, Kuching. Kenyataan JPBNS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia