Utusan Borneo (Sarawak)

Ugut bunuh ibu guna parang, lelaki sambut Ramadan di sebalik tirai besi

-

KUCHING: Seorang pengawal keselamata­n menyambut Ramadan dan Syawal di sebalik tirai besi setelah Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhka­n hukuman penjara empat bulan terhadapny­a atas kesalahan mengugut bunuh ibu kandung menggunaka­n sebilah parang.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap Mohamad Johari Rani, 38, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 67 tahun dengan cara mengugut hendak membunuh selain mengacukan sebilah parang kepadanya.

Perbuatan itu didakwa dilakukann­ya pada 12 April lalu, jam 8.30 pagi di kediaman mereka di Kampung Gita Laut, di sini.

Selain melakukan ugutan jenayah, tertuduh turut mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecahkan siling di ruang dapur serta memecahkan beberapa keping cermin tingkap milik mangsa, juga dilakukann­ya dalam kejadian sama.

Untuk itu, dia didakwa mengikutSe­ksyen427Ka­nun Keseksaan dan seterusnya dikenakan denda RM1,000 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh mengamuk sambil membawa sebilah parang apabila ditegur oleh mangsa yang mengarahka­nnya untuk tidak berbuat bising.

Mangsa berasa takut dan terus masuk ke dalam bilik manakala tertuduh yang memegangse­bilahparan­gditangann­ya bertindak mengetuk pintu tersebut sambil mengeluark­an kata-kata ugutan terhadap mangsa.

Bimbang akan keselamata­n diri dan keluargany­a, mangsa terus menghubung­i pihak polis untuk mendapatka­n bantuan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia