Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda kerana pecah masuk rumah

-

KUCHING: Padah melakukan jenayah pecah masuk rumah dan mencuri beberapa barangan seperti jam tangan serta sebotol gel aloevera, seorang lelaki tempatan didenda RM5,000 atau sepuluh bulan penjara sekiranya gagal membayar oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhka­n hukuman itu ke atas Zulkipli Junaidi, 28, yang mengaku bersalah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memecah masuk sebuah rumah yang diduduki pengadu wanita berusia 20 tahun yang terletak di Jalan Pending, di sini, pada 2 mac lalu, jam 9.30 malam.

Berdasarka­n keterangan kes, pengadu, ibunya dan beberapa orang rakannya ternampak seorang lelaki (tertuduh) membuang satu beg plastik daripada tingkap rumah tersebut sebelum dia terjun keluar.

Rakan pengadu seterusnya berjaya menahan tertuduh dan setelah memeriksa barang di dalam beg plastik tersebut, pengadu mendapati tertuduh telah mencuri sehelai jaket, dua utas jam tangan, sebotol gel aloevera, duit syiling dan dua helai duit kertas.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementarai­tudimahkam­ah sama, seorang lelaki warga Indonesia dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana mengendali­kan mesin perjudian.

Mahkamah turut mengarahka­n hukuman penjara bagi tertuduh, Dedi, 26, dikuat kuasakan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 31 Mac lalu, selain memerintah­kan tertuduh untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selesai menjalani hukuman.

Tertuduh yang berasal dari Singkawang itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kafe di Tabuan Tranquilit­y, di sini, pada 31 Mac lalu, jam 8 malam.

Antara barangan yang dirampas adalah wang tunai berjumlah RM296, sebuah telefon pintar dan sekeping keratan kertas tercatat ID dan kata laluan.

Tertuduh tidak dwakili peguam.

Pendakwaan bagi keduadua kes dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia