Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana terkawal di Bandong Walk, Pelangi Foodkios Kampung Nangka

-

SIBU: Keadaan gerai tepi jalan di Bandong Walk dan Pelangi Foodkios Kampung Nangka di sini semalam dalam keadaan terkawal dengan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Ketika tinjauan di kedua-dua lokasi berkenaan, hanya satu laluan masuk dan satu laluan keluar disediakan.

Pintu masuk juga dikawal sukarelawa­n dan anggota RELA bagi memastikan pengunjung merekodkan nama mereka dengan aplikasi MySejahter­a serta diperiksa suhu badan.

Jumlah pengunjung yang datang di kedua-dua lokasi juga tidak ramai menyebabka­n keadaan tidak sesak.

Seorang pengunjung, Mohd Daud Abdul Rahman, 37, berkata, walaupun tiada bazar Ramadan dibuka tahun ini namun aktiviti jual beli di tepi jalan yang dibenarkan sudah memadai.

“Tidak seperti tahun lepas, tiada bazar Ramadan dan gerai-gerai tepi jalan juga tidak dibenarkan dibuka.

“Jadi tahun ini ada sedikit meriah dan lebih banyak juadah berbuka dapat dibeli.

“Tetapi yang penting, kita tidak boleh leka dan harus sentiasa mematuhi SOP bagi mengelak dijangkiti COVID19,” katanya apabila ditemui pemberita.

Bagi Ani Suhaili, 22, beliau sudah lama merindui untuk berkunjung ke bazar Ramadan kerana teruja dengan pelbagai jenis makanan yang dijual peniaga.

Walaupun begitu, beliau sentiasa berhati-hati dan akan mengelak kawasan yang sesak kerana masih bimbang dengan risiko jangkitan COVID-19.

“Tidak dinafikan suasana bazar tidak begitu meriah dengan kunjungan orang ramai.

“Mungkin ada yang masih belum berani untuk keluar ke tempat sesak.

“Saya harap keadaan akan jadi lebih baik pada tahun depan supaya kita dapat menjalani kehidupan yang normal seperti dahulu,’ katanya

Sementara itu, pada 1 April lalu pihak Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah meluluskan bazar Ramadan di tiga lokasi di Sibu iaitu di Dataran Bandar

Sibu Fasa 2, Pelangi Food Kiosk Kampung Nangka dan Bandong Walk.

Bagaimanap­un, peningkata­n jumlah kes COVID-19 menyebabka­n pihak majlis telahberme­syuaratpad­a7April dan membuat keputusan untuk membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 tahun ini.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee semasa siaran langsung F a c e b o ok menjelaska­n bahawa MPS masih membenarka­n mereka yang baharu dan sedang beroperasi di hadapan rumah masing-masing untuk meneruskan operasi.

Dr Annuar berkata, peniaga di Pelangi Foodkiosk dan Bandong Walk perlu mematuhi SOP yang ditetapkan untuk bazar Ramadan.

 ??  ?? SELESA: Pelangi Foodkios Kampung Nangka juga merekodkan jumlah pengunjung yang tidak ramai.
SELESA: Pelangi Foodkios Kampung Nangka juga merekodkan jumlah pengunjung yang tidak ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia