Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy jamin bekalan vaksin diperlukan akan dihantar ke Sarawak, kata Uggah

-

KUCHING: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin memberi jaminan pihaknya akan memberi penghantar­an bekalan vaksin yang diperlukan ke Sarawak untuk program vaksinasi pada akhir Ogos ini.

Beliau memberi jaminan berkenaan selepas mendapat kunjungan daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di pejabatnya di Putrajaya kelmarin yang turut ditemani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Ik Pahon.

“Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah memberi kita jaminan beliau.

“Maka dengan itu, ia akan memudahkan rancangan kita untuk meneruskan program imunisasi berkenaan,” kata Uggah yang juga merupakan Ketua Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri

Sarawak (JPBNS) semalam.

Kerajaan Sarawak merancang untuk memberi vaksin kepada kira-kira 2.2 juta rakyat dan bukan warga Sarawak.

MOSTI, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan yang lain telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Sarawak bagi memenuhi permintaan itu dan menjadikan pihaknya optimis program tersebut bakal berjalan mengikut jadual, tegasnya lagi.

Pada masa yang sama, Uggah turut menyeru agar rakyat Sarawak yang belum mendaftark­an diri untuk berbuat demikian di aplikasi MySejahter­a, web vaksinasi KKM di www.vaksincovi­d. gov.my atau menghubung­i pejabat Daerah/ Residen yang berdekatan untuk mendaftark­an diri.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Timbalanny­a, Datuk Aaron Dagang semalam mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Uggah di Wisma Bapa Malaysia.

 ??  ?? TERIMALAH: Dr Adham (tiga kiri) menerima momento kenangan selepas pertemuan dengan Uggah (empat kanan) semalam.
TERIMALAH: Dr Adham (tiga kiri) menerima momento kenangan selepas pertemuan dengan Uggah (empat kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia