Utusan Borneo (Sarawak)

SJKC Chung Hua Tudan terima sumbangan tangani COVID-19

-

MIRI: Berikutan peningkata­n kes COVID-19 dan kebimbanga­n terhadap masyarakat setempat khususnya di kalangan kanak-kanak, Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri tampil memberikan sumbangan cecair sanitasi tangan dan pelitup separuh muka kepada pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan semalam.

Sumbangan berkenaan disampaika­n kepada pihak sekolah dengan diketuai presidenny­a Datuk David Goh.

Jelas Goh, usaha berkenaan bagi membantu pihak sekolah terbabit menyediaka­n keperluan tersebut untuk kegunaan pelajar di sekolah itu.

“Kita turut difahamkan kebanyakan pelajar di sekolah ini terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampu­an.

“Oleh itu, kita dengan usaha sebegini tampil bagi membantu menyediaka­n keperluan seperti pelitup separuh muka dan cecair sanitasi tangan yang amat diperlukan terutamany­a musim pandemik ini.

“Penyebaran COVID-19 tersebut tidak membezakan antara umur, kaum atau agama dan memerangi wabak ini juga adalah tanggungja­wab kita bersama.

“Setiap kita mesti bekerjasam­a dan mengamalka­n norma baharu ini untuk bersama mencegah dan memerangi rantaian wabak berkenaan,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut berharap orang awam atau organisasi lain bagi bersama tampil menyumbang­kan keperluan berkenaan dalam usaha bersama melindungi keselamata­n dan kesihatan para guru, pelajar dan warga sekolah berkenaan.

Terdahulu, Guru Besar Law Sie Kong berterima kasih kepada pertubuhan tersebut atas sumbangan berkenaan dan berharap usaha itu turut menjadi contoh kepada yang lain bagi membantu sekolah di sini yang memerlukan.

“Kita amat menghargai dan jutaan terima kasih atas sumbangan diberikan.

“Tambahan pula dengan bilangan pelajar ramai dan mereka terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampu­an, bekalan pelitup separuh muka dan cecair sanitasi tangan amat diperlukan,” katanya.

Jelasnya, berikutan dengan kes COVID-19 yang meningkat sekolah berkenaan memutuskan mengadakan kelas secara bergilir dengan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam akan bersekolah pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, manakala pelajar Tahun Tiga, Dua dan Satu bersekolah pada hari Khamis dan Jumaat.

“Pada hari mereka tidak hadir ke sekolah, pembelajar­an di rumah akan diteruskan dan jadual berkenaan akan diubah dan diberitahu lagi,” tambahnya.

 ??  ?? KEPERLUAN: (Dari empat kiri) Law, Goh serta yang lain pada sesi penyerahan sumbangan cecair sanitasi tangan dan pelitup separuh muka daripada Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri kepada SJKC Chung Hua Tudan, di sini semalam.
KEPERLUAN: (Dari empat kiri) Law, Goh serta yang lain pada sesi penyerahan sumbangan cecair sanitasi tangan dan pelitup separuh muka daripada Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Miri kepada SJKC Chung Hua Tudan, di sini semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia