Utusan Borneo (Sarawak)

Kes semakin membimbang­kan, JPBNS diminta kaji semula SOP

-

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) diminta mengkaji semula pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai ketika ini dan penguatkua­saan ditetapkan berikutan peningkata­n kes COVID-19 yang semakin membimbang­kan.

Ketua Cabang Parti Tindakan Demokratik (DAP) Long Lama Marcus Hugo berkata, dengan peningkata­n kes yang tinggi setiap hari, langkah penguatkua­saan perlu diperketat dengan pemantauan lebih kerap.

“Kehadiranm­ereka(penguat kuasa) mesti dilihat kerap oleh masyarakat dengan melakukan rondaan di kawasan strategik yang dikenal pasti.

“Kita juga turut menasihatk­an orang ramai untuk mematuhi semua SOP dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Setiap orang mesti melaksanak­an tanggungja­wab dan disiplin diri untuk mematuhi semua SOP ini demi kebaikan dankeselam­atankitabe­rsama,” katanya di sini semalam.

Sehingga 13 April, Sarawak mencatatka­n kes COVID-19 tertinggi di negara ini dengan 607 kes dilaporkan, di mana lima kawasan yang mencatatka­n kes tertinggi di negeri ini semalam ialah Meradong 157 kes, Sarikei 137 kes, Bintulu 130 kes, Miri 96 kes dan Kuching 95 kes.

Katanya, DAP juga meminta semua orang untuk terus berwaspada sepanjang masa kerana sedikit sahaja rasa puas yang timbul boleh mendedahka­n masyarakat kepada penyebaran virus.

“Pada masa yang sama, kami meminta kerajaan mempercepa­t vaksinasi ke atas penduduk Sarawak sebagai strategi lain yang berkesan untuk mengawal penyebaran virus di negeri ini.

“Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan pengumuman oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memasukkan hospital swasta untuk dijadikan pusat vaksinasi COVID-19 dalam fasa kedua dan fasa ketiga program vaksinasi tersebut kelak,” katanya.

“Kami juga mencadangk­an untuk memasukkan klinik swasta untuk didaftarka­n sebagai pusat vaksinasi jika ia boleh memenuhi kriteria. Dengan lebih banyak pusat dibuka, maka vaksinasi dapat disegeraka­n dan sasaran 80 peratus penduduk menerima vaksinasi menjelang Ogos ini akan dapat dicapai,” tambah beliau.

Namun dengan hanya kirakira 60,000 orang menerima dos pertama setakat Sabtu lalu menurut angka yang dikeluarka­n Menteri Kesihatan, ia tidak memungkink­an negeri ini mencapai sasarannya itu dalam waktu terdekat.

Menurut Marcus, ini bermakna Sarawak mungkin mencapai sasarannya hanya pada tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia