Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited bantu golongan sasar

Pelbagai jenis bantuan disalurkan, bukti keprihatin­an kerajaan PN: Ahmad Marzuk

- Oleh Kenneddy Corlleus

SIPITANG: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan komitmen untuk terus membantu rakyat di peringkat akar umbi bagi memastikan golongan tersebut mendapat pembelaan sewajarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, bantuan-bantuan yang disalurkan kerajaan kepada golongan sasar merupakan sebahagian bukti keprihatin­an kerajaan yang ada pada hari ini.

Di samping itu jelasnya, golongan sasar yang ditimpa musibah turut diberikan bantuan sewajarnya termasukla­h mereka yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

Tambahnya, bantuanban­tuan yang disampaika­n beliau dalam siri lawatan kerja ke negeri Sabah merupakan pelengkap kepada bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan pusat kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Pekan Mesapol, baru-baru ini.

Turut hadir dalam Program Ceramah Khas Ihya Ramadhan itu, Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Program ceramah khas anjuran USIA Bahagian Sipitang dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sipitang itu turut mendapat kerjasama daripada Badan Dakwah Daerah Sipitang, JHEAINS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Sabah (YADIM), Institiut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Pada majlis itu, seramai 152 golongan asnaf menerima bantuan bakul makanan (FoodBank) yang disampaika­n Ahmad Marzuk. Turut menyampaik­an sumbangan kepada golongan itu, saguhati daripada Hafez.

Dalam pada itu, Sapawi ketika ditemui berharap bantuan yang disampaika­n kepada golongan asnaf itu sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban mereka menjelang menyambut bulan puasa ini.

Mengenai ceramah khas, Sapawi turut berharap umat Islam dapat mengharung­i cabaran semasa dengan mempraktik­kan amalan yang ditekankan dalam agama bagi mengharung­inya di samping mengukuhka­n lagi kesatuan ummah.

 ??  ?? BAKUL MAKANAN: Ahmad Marzuk (kanan) bersama Hafez (dua kanan) menyampaik­an bakul makanan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Sapawi (kiri).
BAKUL MAKANAN: Ahmad Marzuk (kanan) bersama Hafez (dua kanan) menyampaik­an bakul makanan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Sapawi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia