Utusan Borneo (Sarawak)

Klinik Kesihatan Weston kini punyai kemudahan rawatan SARI

- Oleh Yap Siong Han

BEAUFORT: Klinik Kesihatan Weston kini mempunyai bangunan untuk rawatan Severe Acute Respirator­y Infection (SARI) untuk penduduk Lumadan serta masyarakat disekitarn­ya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, dengan adanya bangunan itu ia diharapkan dapat memberi keselesaan kepada penduduk terutama yang datang untuk membuat saringan COVID-19.

“Pihak kerajaan terpanggil untuk menyediaka­n kemudahan itu di Klinik Kesihatan Weston bagi membantu memudahkan kehidupan rakyat.

“Saya melihat kepada keperluan semasa rakyat di DUN Lumadan, kerana sesi persekolah­an baharu saja bermula. Kita dalam langkah berjaga-jaga di masa pandemik Covid-19 Ini,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Penyerahan Kunci Bangunan SARI kepada Penasihat Klinik Kesihatan Weston Anie Aznezam Abdul Rahman, di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n bahawa klinik seharusnya mempunyai ruangan yang cukup sekiranya ramai datang untuk mendapatka­n rawatan terutamany­a bagi penyakit kronik.

“Bilik ini boleh menampung lima hingga enam pesakit. Bilik ini juga mampu digunakan sekiranya pihak Klinik Kesihatan Weston tidak dapat menampung jumlah pesakit yang datang mendapatka­n rawatan khususnya bagi penyakit kronik mahupun pesakit COVID19,” katanya.

Ruslan berharap bangunan SARI itu akan dapat memberi keselesaan kepada penduduk kampung Weston serta sekitarnya ketika datang membuat saringan COVID-19 dan menerima suntikan vaksin selain mendapatka­n pelbagai rawatan di klinik berkenaan.

Beliau turut mengingatk­an setiap lapisan masyarakat agar mendaftark­an diri bagi mendapatka­n suntikan vaksin.

Hadir sama ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Beaufort Dr. Natazcza Abdul Rahim, Ketua Balai Polis Weston Bawin Ak Mujab serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SERAH: Ruslan (dua kiri) menyerahka­n kunci bangunan SARI kepada Anie (dua kanan) di Klinik Kesihatan Weston.
SERAH: Ruslan (dua kiri) menyerahka­n kunci bangunan SARI kepada Anie (dua kanan) di Klinik Kesihatan Weston.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia