Utusan Borneo (Sarawak)

KOPETRO jalin kerjasama dengan Seniman jayakan program gotong-royong di masjid

-

KUCHING: Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) menjayakan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat di Masjid Al-Hidayah, Sentul di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut satu kenyataan, program itu dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia.

“Ia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediaka­n ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para kariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula semalam (13 April).

“Menawarkan khidmat pembersiha­n dan disinfeksi

KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapusk­an 99 peratus virus dengan menggunaka­n bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol,” katanya.

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersiha­n rumah serendah RM90 untuk tiga jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik COVID-19.

Oleh itu, KOPETRO berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman dan berharap semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbang­kan bakat dan keringat mereka dalam menghiburk­an masyarakat.

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaika­n oleh Datuk Abdul Razak Hussain kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi pada majlis ringkas mengikut norma baharu di Masjid Al-Hidayah semalam.

KOPETRO turut menyampaik­an sumbangan berbentuk wang tunai dan makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

 ??  ?? TERIMALAH: KOPETRO menyampaik­an sumbangan kepada ahli Persatuan Seniman Malaysia sempena sambutan bulan Ramadan.
TERIMALAH: KOPETRO menyampaik­an sumbangan kepada ahli Persatuan Seniman Malaysia sempena sambutan bulan Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia