Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan pertanian dari Kampung Giam Lama ke Kampung Emperoh Git mula dibina

-

KUCHING: Pembinaan jalan pertanian sepanjang dua kilometer bernilai RM300,000 di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dari Kampung Giam Lama ke Kampung Emperoh Git bermula, semalam.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata pembinaan jalan tersebut dijangka siap menjelang Ogos ini sekali gus menyokong skim pertanian yang dijalankan penduduk di kawasan itu.

“Kita sedang memulakan skim pertanian dari persimpang­an Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) ke Kampung Giam Lama melalui Kampung Emperoh Git.

“Pada mulanya, kita mengharapk­an jalan yang dibina akan tembus sehingga ke Kampung Git, tetapi ia melibatkan separuh daripada jarak sebenar dari kedua-dua belah kampung tersebut.

“Mengikut spesifikas­inya, pembinaan ini merangkumi dua jambatan besi dan tiga pembetung,” katanya selepas upacara Pecah Tanah Pembinaan Jalan Pertanian Jalan Kampung Emperoh Giam Lama di Off JalanSemad­ang/ Jambusan di sini, semalam.

Sebelum ini, permohonan tersebut diluluskan kerana 25 keluarga dari Kampung Git telah berkecimpu­ng dalam skim pertanian projek tanaman kopi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong dengan keluasan sekitar 100 hektar.

Tambahnya, ia merupakan cara untuk membuka kawasan tanah bagi tujuan pertanian bagi penduduk di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, Kampung Git telah membuat dokumentas­i tanah di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 18.

“Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah siap menyukat tanah dan surat hak milik tanah akan diberikan kepada Kampung Petag dan Kampung Git tidak lama lagi supaya mereka mempunyai hak terhadap pemilikan tanah masing-masing,” tegasnya.

Dr Jerip ditemani Jurutera Eksekutif JKR Lau Yak Huang, Penghulu Kawasan Semeba-Bau Rijen Meoi dan Penghulu Kawasan Emperoh-Penrissen Richard Daho.

 ??  ?? LANCAR: Dr Jerip (duduk) menyempurn­akan majlis pecah tanah pembinaan jalan pertanian Jalan Kampung Emperoh Giam Lama di Off Jalan Semadang/Jambusan semalam.
LANCAR: Dr Jerip (duduk) menyempurn­akan majlis pecah tanah pembinaan jalan pertanian Jalan Kampung Emperoh Giam Lama di Off Jalan Semadang/Jambusan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia