Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kg Serpan Laut perlu sentiasa patuhi SOP: Abdul Karim

-

ASAJAYA: Penduduk Kampung Serpan Laut di sini diingat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini penting lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan termasuk semasa menjalanka­n aktiviti keagamaan seperti solat tarawih dan sebagainya.

Ini kerana menurutnya, langkah-langkah pencegahan penting bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat di Daerah Asajaya.

“Saya amat bersyukur kerana pihak JPBNS pada 12 April lalu telah memutuskan untuk menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kampung Serpan Laut berikutan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu dalam kalangan penduduk setempat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan majlis penyampaia­n bantuan berupa barangan keperluan barangan asas kepada 308 rumah yang berlangsun­g di Surau Kampung Serpan Laut di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Asajaya itu berkata, sumbangan itu bagi meringanka­n beban penduduk di Kampung Serpan Laut yang terjejas akibat penguatkua­saan PKPD di situ.

Ia juga bertujuan meringanka­n sedikit beban kampung penduduk terutamany­a dalam menyambut bulan Ramadan.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirka­n penghargaa­n dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaa­n PKPD terutamany­a petugas barisan hadapan.

Hadir sama Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dan Pegawai Daerah Asajaya Rais Ahmat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia