Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan Ramadan di Kuching lebih meriah berbanding tahun lalu

-

KUCHING: Hari pertama bulan Ramadan menyaksika­n umat Islam di bandar raya ini masih membuat persiapan untuk membeli barangan keperluan makanan bagi menyediaka­n juadah berbuka puasa.

Tinjauan Utusan Borneo di Medan Niaga Satok (MNS) semalam mendapati orang ramai sudah mula memenuhi gerai di situ seawal jam 9 pagi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka.

Antara barangan keperluan yang menjadi tumpuan orang ramai ialah ayam, ikan, daging, sayur-sayuran segar serta produk hasil tani yang lain.

Peniaga ikan segar, Yusuf Morni berkata, pengunjung semalam lebih ramai berbanding hari sebelumnya kerana mereka mungkin masih membuat persiapan untuk membeli barang makanan bagi menyediaka­n juadah berbuka puasa.

“Alhamdulil­lah hari ini (semalam) saya tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang datang membeli ikan segar. Jika Ramadan tahun lalu, sambutanny­a agak tidak berapa namun hari ini (semalam), kira-kira 300 kilogram pelbagai jenis ikan telah dijual kepada pengunjung.

“Apatah lagi kita ketika ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berbanding tahun lalu di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan yang menyebabka­n pergerakan masyarakat terbatas,” katanya.

Ditanya sama ada bekalan ikan segar mencukupi pada bulan Ramadan ini, Yusof berkata, semuanya mencukupi kerana telah melakukan persediaan awal dan menjangkak­an orang ramai akan datang dan membuat pembelian yang lebih banyak daripada kebiasaan.

Bagi suri rumah dan peniaga makanan, Mazatul Sima, 38, berkata, persiapan Ramadan untuk kali ini seperti biasa.

“Saya membeli barang keperluan harian secara ala kadar sahaja dan sudah menyenarai­kan barang-barang yang perlu dibeli bagi mengelakka­n pembaziran. Tambahan pula, saya dan keluarga lebih selesa menyediaka­n sendiri juadah berbuka di rumah setiap kali menyambut bulan Ramadan,” katanya.

Dengan cara sebegini katanya, bukan sahaja dapat berjimat-cermat bahkan dapat menjamin kebersihan makanan selain merapatkan silaturahi­m bersama keluarga.

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Norazilah Busrah, 22, berkata, tiada persiapan khusus yang dibuat untuk menyambut Ramadan pada tahun ini dan ia sama seperti tahun terdahulu.

“Walaupun kita memyambut Ramadan dalam suasana berbeza susulan penularan wabak COVID-19, itu tidak bermaksud kita perlu melakukan pembelian secara panik. Apa yang penting kita dengar arahan daripada pihak berkenaan untuk mengekang penularan wabak ini,” katanya.

 ??  ?? LARIS: Yusuf sibuk melayan pelanggan yang datang membeli ikan segar di geranya di Medan Niaga Satok.
LARIS: Yusuf sibuk melayan pelanggan yang datang membeli ikan segar di geranya di Medan Niaga Satok.
 ??  ?? MAZATUL
MAZATUL
 ??  ?? NORAZILAH
NORAZILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia