Utusan Borneo (Sarawak)

Umat Islam tetap bersemanga­t sambut Ramadan dalam suasana COVID-19

-

MIRI: Suasana berpuasa pada hari pertama bulan Ramadan tahun ini tidaklah semeriah sebelum pandemik COVID-19 namun ia tidak mematahkan semangat umat Islam menunaikan Rukun Islam ketiga itu.

Pengerusi Masjid Darul Khairat Mokhtar Ree berkata, suasana Ramadan tahun ini amat berbeza lebihlebih lagi ketika umat Islam masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Suasana berpuasa tahun ini dilaksanak­an dengan sederhana dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan duduk di rumah bahkan persiapan berbuka juga ala kadar,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Mokhtar berkata, berbanding tahun sebelum pandemik COVID-19, umat Islam sudah bersedia membeli barangan mentah sebagai persiapan berbuka puasa bersama keluarga.

“Kita sudah melalui dua tahun berpuasa ketika pandemik COVID-19, umat Islam sudah terbiasa dengan amalan norma baharu dan hanya keluar jika perlu,” jelasnya.

Selain itu katanya, penduduk Kampung Bakam yang menunaikan solat tarawih malam kelmarin turut mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Kita bersyukur kerajaan membenarka­n umat Islam menunaikan solat tarawih dengan kapasiti jemaah mengikut keluasan masjid dan surau dengan SOP yang ketat,” ujarnya.

Bagi Mohamad Abdullah Jamin yang berpuasa di perantauan, suasana berpuasa tidak jauh berbeza dengan di Malaysia.

“Masa berbuka di Filipina dengan di Malaysia hampir sama dan kami di sini menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan komuniti kecil Islam di Zamboanga Del Norte, Mindanao,” katanya.

Menurutnya, kes COVID-19 di Zamboanga Del Norte adalah kecil namun masyarakat Islam tetap mematuhi SOP dan menjaga kesihatan dalam melaksanak­an ibadat puasa.

“Selain berpuasa komuniti Islam menunaikan solat tarawih bersama-sama seperti di Malaysia dan hanya berbeza bahasa pengantara­an,” jelasnya.

 ??  ?? MOHAMAD ABDULLAH
MOHAMAD ABDULLAH
 ??  ?? MOKHTAR
MOKHTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia