Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 17-19 April

-

KUCHING: Majlis Tilawah dan Menghafaz AlQuran Peringkat Negeri Sarawak dijadualka­n berlangsun­g dari 17 hingga 19 April ini dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, upacara penyampaia­n hadiah merupakan antara beberapa perkara yang akan menampilka­n kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Tiada sentuhan fizikal antara penerima hadiah dan tetamu kehormat semasa penyampaia­n hadiah.

“Sebaliknya, hadiah akan diletakkan di atas struktur pentas dan penerima akan mengambiln­ya sendiri, manakala tetamu kehormat kami serta tetamu undangan lain akan menjadi saksi,” katanya pada sidang media untuk mengumumka­n acara itu kelmarin.

Langkah lain katanya, termasukla­h menjemput tetamu tidak melebihi 200 orang, penjarakan fizikal satu meter antara tempat duduk, menyediaka­n pensanitas­i tangan, pengambila­n suhu dan pengimbasa­n

MySejahter­a.

“Pihak kami

akan memastikan SOP untuk mencegah penyebaran

COVID-19 dipatuhi sepenuhnya,” tegasnya.

Majlis penyampaia­n hadiah pada 19 April dijangka dihadiri oleh Yang diPertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dr Abdul Rahman juga memaklumka­n bahawa acara tersebut diadakan setiap tahun, kecuali tahun lepas berikutan wabak COVID-19.

Jelas beliau lagi, acara tersebut diadakan dengan tujuan untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai budaya dalam kalangan umat Islam.

“Ia juga bertujuan untuk menghasilk­an lebih banyak qari dan qariah berkaliber di negeri ini yang seterusnya akan dapat bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1442H/2021 dianjurkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS) bersama Pejabat Residen Kuching dan agensiagen­si lain yang berkaitan serta akan diadakan di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah.

Terdapat 20 peserta pada tahun ini untuk Tilawah Al-Quran dan 30 peserta bagi Menghafaz Al-Quran yang datang dari pelbagai bahagian di negeri ini.

 ??  ?? PELBAGAI PILIHAN: Umat Islam membuat persediaan untuk membeli barangan makanan bagi juadah berbuka puasa.
PELBAGAI PILIHAN: Umat Islam membuat persediaan untuk membeli barangan makanan bagi juadah berbuka puasa.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SIDANG MEDIA: Dr Abdul Rahman (kanan) bercakap pada sidang media. Turut kelihatan, Presiden MIS Datu Misnu Taha.
— Gambar Roystein Emmor SIDANG MEDIA: Dr Abdul Rahman (kanan) bercakap pada sidang media. Turut kelihatan, Presiden MIS Datu Misnu Taha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia