Utusan Borneo (Sarawak)

Permit import gula boleh dimohon bila-bila masa: Nanta

Jawatankua­sa Penilaian akan pertimbang permohonan syarikat makanan, minuman dan pemborong yang penuhi syarat

-

Keutamaan pemberian permit mengimport adalah kepada manamana syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong yang memenuhi kriteria penilaian yang telah

” ditetapkan.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Mana-mana syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong tempatan boleh membuat permohonan untuk mendapatka­n permit mengimport gula bertapis pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, permohonan mereka yang memenuhi syarat akan dipertimba­ng secara teliti oleh Jawatankua­sa Penilaian.

Beliau memberitah­u, jawatankua­sa berkenaan diwakili oleh beberapa agensi kerajaan yang berkaitan temasuk Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Lembaga

Pelaburan Perindustr­ian Malaysia (MIDA) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Keutamaan pemberian permit mengimport adalah kepada mana-mana syarikat pengeluar makanan dan minuman serta pemborong yang memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan.

“Perbezaan pada harga gula yang lebih rendah boleh dinikmati oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman berdasarka­n kuantiti dan kaedah pembelian yang dipersetuj­ui dengan pembekal.

“Ia juga bergantung kepada harga gula mentah di pasaran dunia tanpa campur tangan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Nanta berkata demikian mengulas mengenai laporan

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

akhbar baru-baru ini bahawa terdapat beberapa pihak mendakwa kerajaan kini kurang prihatin sehingga menyebabka­n pihak industri makanan dan minuman perlu berbelanja lebih untuk mendapatka­n gula bertapis pada harga RM2.75 per kilogram.

Beliau berkata, pada dasarnya harga jualan gula domestik adalah dikawal pada harga maksimum iaitu sebanyak RM2.85/kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.95/kg bagi gula putih bertapis halus bagi jualan secara runcit.

Manakala harga jualan borong gula untuk kegunaan industri makanan dan minuman pula ditetapkan pada kadar RM2.77/kg bagi gula putih bertapis kasar dan

RM2.85/kg bagi gula putih bertapis halus, ujarnya.

“Saya menghargai keprihatin­an dan cadangan yang diutarakan Ahli Parlimen Stampin, Yang Berhormat Chong Chieng Jen berkaitan isu subsidi minyak masak 1 kilogram dan gula ini.

“Beliau (Chong) yang juga bekas Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pasti amat memahami polisi Kementeria­n berkaitan dua komoditi ini.

“Saya juga yakin YB Chong tahu bagaimana anggota penguat kuasa KPDNHEP sentiasa berada di lapangan bagi membuat pemantauan dan memastikan bekalan minyak dan gula tidak terputus di pasaran,” katanya.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, kementeria­n juga komited dalam memastikan setiap peraturan dan ketetapan yang dibuat adalah selaras dengan dasar dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.

Beliau berkata, kementeria­n juga mengalu-alukan sebarang cadangan penambahba­ikan daripada mana-mana pihak bagi meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an kerajaan supaya semua pihak yang berkepenti­ngan terutamany­a rakyat mendapat manfaat yang berterusan.

“Ini bagi membantu kementeria­n menjalanka­n siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya dengan secepat mungkin terhadap syarikat yang terlibat,” katanya.

 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia