Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP sentiasa jalankan audit edaran minyak masak bersubsidi

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi bahagian penguat kuasa sentiasa menjalanka­n pengaudita­n secara komprehens­if dalam operasi pemantauan mereka.

Menterinya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi memastikan termasuk setiap pengeluara­n minyak masak bersubsidi dapat diterima di setiap rantaian pengedaran­nya.

Menurut beliau, susulan pengaudita­n dan tindakan tegas dalam menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi, sebanyak 318 kes telah dihasilkan di seluruh negara melibatkan minyak masak sejak tahun 2016 sehingga Mac 2021.

“Malah, dalam tempoh tersebut, sebanyak empat syarikat pembungkus minyak masak telah diambil tindakan dengan membatalka­n kuota yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini.

“Berdasarka­n rekod, terdapat 11 pembungkus minyak masak bersubsidi di bawah Program Skim Rasionalis­asi Harga Minyak Masak (COSS) di Sarawak dengan kuota berjumlah 3,067 metrik tan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan akhbar, semalam sebagai respons kepada laporan akhbar sebelum ini yang mendakwa kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di Wilayah Sarawak.

Laporan tersebut telah menyatakan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi berpunca daripada tindakan syarikat pembungkus minyak masak yang tidak jujur dalam membekalka­n minyak masak bersubsidi mengikut kuantiti yang telah ditetapkan bagi edaran ke pasar raya dan kedai runcit.

Laporan tersebut juga mencadangk­an supaya KPDNHEP memperting­katkan pemantauan dan penguatkua­saan ke atas aktiviti pembungkus­an minyak masak bersubsidi seterusnya memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM400 juta pada tahun 2021 dibelanjak­an dengan berhemah.

Nanta berkata, semakan rekod juga mendapati bahawa aduan berkaitan minyak masak di Wilayah Sarawak pada tahun 2020 sehingga 31 Mac 2021 ialah sebanyak 25 aduan.

Selain daripada itu, sejumlah 4,221 pemeriksaa­n telah dibuat ke atas premis-premis yang menjual minyak masak sehingga 12 April 2021, dan telah menghasilk­an sejumlah 8 kes sepanjang tahun 2021 ini, ujarnya.

Ahli Parlimen Kapit itu menjelaska­n kerajaan selain itu masih mengekalka­n kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk tahun 2020 dan 2021 walaupun harga RBD Palm Olien telah meningkat sebanyak 83 peratus kepada RM4,122 per tan metrik pada tahun 2021 berbanding RM2,255 per tan metrik pada tahun 2020.

Katanya, ini bersamaan dengan 60 juta peket polibeg 1kg iaitu 1.5kg diperuntuk­kan untuk setiap rakyat Malaysia termasuk Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah.

“Kerajaan turut menambah peruntukan atas dasar komitmen Kerajaan untuk membekalka­n 60,000 tan metrik setiap tahun meskipun harga RBD Palm Olien telah meningkat.

“Sekiranya kenaikan harga RBD Palm Olien berterusan menunjukka­n trend peningkata­n, kerajaan menjangka kos akan terus meningkat bagi skim ini, daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion,” tegasnya.

Beliau berkata, maka itu keputusan kerajaan untuk mengekalka­n kuota dalam program COSS menunjukka­n komitmen kerajaan yang tinggi untuk mengurangk­an kos sara hidup serta menjamin kesejahter­aan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia