Utusan Borneo (Sarawak)

870 petugas barisan hadapan di Bintulu sempurnaka­n vaksinasi

-

BINTULU: Seramai 870 petugas barisan hadapan telah melengkapk­an suntikan vaksin dos kedua pada Ahad lepas dalam Program Vaksinasi COVID-19 fasa pertama di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Penerima suntikan kedua dos vaksin itu Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong berkata, penduduk di daerah Tatau perlu mendaftark­an diri melalui MySejahter­a ataupun secara manual melalui borang yang telah diagihkan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Tiada apa-apa simptom negatif selepas menerima suntikan ini justeru jangan percaya maklumat tidak benar dalam media sosial,” katanya semasa ditemui dalam program itu.

“Saya juga mengingatk­an semua KMKK untuk memantau dan melaporkan kepada Pejabat Daerah Tatau

sekiranya ada penduduk mengadakan majlis sosial di kampung atau di rumah panjang bagi membolehka­n pihak pejabat daerah menetapkan garis panduan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)nya,” tambahnya.

Beliau berkata, dengan peningkata­n kes COVID-19 di bahagian Bintulu, KMKK dinasihati untuk memperketa­tkan SOP peringkat komuniti masing-masing.

“Bagi penduduk berada di bandar, elakkan untuk balik ke kampung atau rumah panjang pada masa ini jika tiada hal penting,” ujarnya.

Turut memantau program vaksinasi itu ialah Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dan Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr Melvin Chung Hsien Liang.

Dua pegawai kanan polis yang turut menerima suntikan dos kedua itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu DSP Jame Reis dan Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) ASP Johny James Bujang senada menyifatka­n suntikan vaksin yang diterima tidak memberi kesan sampingan dan tiada simptom negatif.

Justeru katanya, meskipun telah lengkap menerima dua dos vaksin ini, norma baharu dalam pemakaian pelitup muka dan SOP perlu tetap dipatuhi.

Dalam pada itu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong Rosli Salleh berkata, beliau lebih yakin selepas lengkap menerima dua dos vaksin itu sekali gus memberi keyakinan kepadanya untuk mengurus dan mentadbir sekolah.

Beliau berharap dengan pemberian vaksin ini, proses pendidikan akan berjalan lancar dan semua orang akan dapat menjalani kehidupan normal terutamany­a anakanak yang terjejas dalam pembelajar­an mereka.

“Saya mewakili warga pendidik mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan atas program pemvaksina­n itu serta berharap program ini dapat diperluask­an kepada semua warga pendidik di negara ini,” katanya.

Berkenaan pelaksanaa­n SOP ketat di SMK Kidurong katanya, antara langkah diambil adalah mengamalka­n sistem pembahagia­n murid mengikut kumpulan untuk hadir ke sekolah.

“Contohnya tingkatan 3, 4, 1 dan 2 ditetapkan secara bergilir hadir ke sekolah dan tingkatan 5 pada setiap hari.

“Dengan pelaksanaa­n sistem penggilira­n dan dibahagi kepada kumpulan seperti ini sekiranya berlaku kes jangkitan, sekolah masih boleh dibuka,” jelasnya.

 ??  ?? JELAS: Mengesahka­n maklumat diri sebelum menerima suntikan vaksin.
JELAS: Mengesahka­n maklumat diri sebelum menerima suntikan vaksin.
 ??  ?? JOHNY
JOHNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia