Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan ambil pendekatan tepat, efisien perangi COVID-19: Rubiah

-

KUCHING: Kerajaan mengambil pendekatan tepat dan efisien dalam usaha membendung jangkitan COVID19 daripada terus menular di negara ini, kata Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang.

Beliau berkata, ia bukan hanya tertumpu dari segi keselamata­n dan kesihatan rakyat malah turut menumpukan kepada sektor ekonomi negara.

“Antara langkah utama dijalankan kerajaan bagi mengekang penularan virus tersebut ialah dengan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan memulakan PKP fasa pertama pada 18 Mac diikuti fasa kedua, ketiga, keempat seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kemudian disambung kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Penyerahan Geran Peruntukan dan Aktiviti Jawatankua­sa Pengurusan Masjid dan Surau Daerah Asajaya kelmarin.

Seramai 32 penerima mewakili surau dan masjid masing-masing menerima geran berjumlah RM4,000 untuk masjid manakala RM3,000 untuk surau.

Rubiah berkata, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an kedua-dua kerajaan sama ada di peringkat pusat dan negeri bagi melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkuku­hkan ekonomi negara.

“Antara langkah-langkah yang dilaksanak­an kerajaan persekutua­n ialah memperkena­lkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan sebagainya,” tambah beliau lagi.

Manakala tegasnya, kerajaan melaksanak­an Proklamasi Darurat bagi memutuskan penularan jangkitan demi keselamata­n rakyat sekali gus menepis dakwaan segelintir pihak yang sengaja mempolitik­kan usaha berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia