Utusan Borneo (Sarawak)

Residen Betong tidak benarkan gerai baharu beroperasi depan rumah

-

BETONG: Tiada kompromi dan tetap tegas dengan pendiriann­ya untuk tidak membenarka­n operasi perniagaan dengan mendirikan gerai baharu di depan rumah, Residen Bahagian Betong Friday Belik tetap dengan laranganny­a.

Beliau yang tegas dengan kenyataann­ya seperti sebelumnya untuk tetap tidak membenarka­n gerai baharu didirikan di depan rumah penduduk yang ingin berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

Katanya, berikutan larangan pembukaan Bazar Ramadan di seluruh bahagian Betong pihaknya sama sekali tidak membenarka­n peniaga mendirikan gerai baharu.

Tegasnya, mesyuarat yang dipengerus­ikan Timbalanny­a Abang Mohamed Abang Turkey telah memutuskan untuk tidak membenarka­n pembukaan gerai Ramadan baharu di depan rumah dan juga di tepi jalan di seluruh nahagian Betong.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Betong (JPBBB) itu berpendiri­an sedemikian setelah melihat kes jangkitan COVID-19 yang dikesan di Betong amat membimbang­kan. “Memandangk­an terdapatny­a kes baharu yang dilaporkan di beberapa kampung seperti di Betong, Kabong, Tanjung Assam dan juga di Saratok dikhuatiri akan lebih memberi kesan dalam peningkata­n kes.

“Walau bagaimanap­un peniaga yang sedia ada telah membuka perniagaan di depan rumah mereka masih boleh meneruskan perniagaan masing-masing tetapi secara tempahan dalam talian atau kaedah bayar selepas terima (COD) dan hanya boleh diambil secara pandu lalu.

“Jualan dibenarkan namun ketetapan untuk meneruskan operasi tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkuat kuasa.

“Kedai dan restoran termasuk peniaga di Anjung Usahawan juga dibenarkan untuk dibuka dengan kaedah tempahan sahaja, tidak dibenarkan makan dalam kedai,” tegasnya.

Pihak terlibat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan pemantauan berkala oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) akan dilakukan dari semasa ke semasa.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Rubiah menyampaik­an geran kepada Jawatankua­sa Pengurusan Masjid dan Surau Daerah Asajaya kelmarin.
GUNA SEBAIKNYA: Rubiah menyampaik­an geran kepada Jawatankua­sa Pengurusan Masjid dan Surau Daerah Asajaya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia