Utusan Borneo (Sarawak)

Program Kasih Ramadan santuni 1,700 KIR asnaf

Sumbangan TBS untuk meringanka­n beban penerima ketika menyambut bulan Ramadan tahun ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

Program Kasih Ramadan ini merupakan inisiatif TBS untuk mengagihka­n bantuan kepada golongan daif di seluruh Sarawak, yang ada dalam senarai penerima bantuan saraan hidup bulanan

” kita.

Datu Abang Mohd Shibli Mohd Nailie

KUCHING: Seramai 1,700 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kalangan asnaf akan menerima bantuan makanan dan kewangan menerusi Program Kasih Ramadan anjuran Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) semalam.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Mohd Nailie berkata, sumbangan itu diberikan bagi meringanka­n beban mereka ketika menyambut bulan Ramadan tahun ini.

“Program Kasih Ramadan ini merupakan inisiatif TBS untuk mengagihka­n bantuan kepada golongan daif di seluruh Sarawak, yang ada dalam senarai penerima bantuan saraan hidup bulanan kita.

“Justeru, kita menghantar bantuan ini pada awal bulan Ramadan bagi memudahkan mereka untuk turut serta melaksanak­an ibadah puasa dan pada masa sama kita dapat mengambil input baharu daripada penerima,” katanya pada Program Kasih Ramadan TBS di Ummah Distributi­on Centre (UDC), Medan Hamidah di sini, semalam.

Abang Mohd Shibli menambah, melalui program ini juga pihaknya dapat mencari penyelesai­an yang lebih baik untuk membantu golongan memerlukan pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, beliau berkata program tersebut akan dilaksanak­an di seluruh Sarawak melalui cawanganca­wangan TBS di setiap bahagian.

“Untuk hari ini (semalam), kumpulan kami di Kuching akan bergerak ke beberapa tempat untuk menyampaik­an bantuan kepada beberapa penerima yang ada di dalam senarai kita.

“Kita akan mulakan program ini di Kuching dahulu dan seterusnya ke beberapa cawangan TBS di setiap bahagian

Pengurus Besar TBS

dan ianya dijalankan secara serentak,” ujarnya.

Beliau turut menggalakk­an orang ramai untuk menggunaka­n aplikasi Jejak Asnaf 3.0 bagi membantu mereka menyalurka­n maklumat mengenai golongan asnaf yang layak menerima bantuan di kawasan masingmasi­ng.

“Ia bukan sahaja memudahkan kita menjejaki golongan fakir miskin bahkan dapat memastikan mereka mendapat bantuan sewajarnya, sekali gus dimasukkan dalam senarai penerima bantuan kita,” katanya.

Dalam pada itu, ratarata penerima bantuan yang ditemui berterima kasih atas bantuan berkenaan yang disifatkan sedikit sebanyak membantu meringanka­n beban terutama untuk membeli keperluan harian pada bulan Ramadan ini.

Menurut salah seorang penerima bantuan di bawah Program Kasih Ramadan iaitu Marina Kassim,38, beliau akan menggunaka­n wang bantuan itu dengan sebaik-baiknya.

“Ini merupakan kali kedua saya menerima bantuan sebegini daripada TBS. Terima kasih atas sumbangan ini dan saya akan gunakannya untuk menampung perbelanja­an keluarga,” kata Marina yang juga merupakan seorang ibu tunggal.

 ??  ?? PRIHATIN: Abang Mohd Shibli menyerahka­n sumbangan kepada Marina pada Program Kasih Ramadan TBS semalam.
PRIHATIN: Abang Mohd Shibli menyerahka­n sumbangan kepada Marina pada Program Kasih Ramadan TBS semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia