Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki terlibat permainan dalam talian haram didenda

-

MIRI: Dua lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua kes berasingan masingmasi­ng didenda RM800 dan RM900 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana menjalanka­n perniagaan permainan dalam talian secara haram.

Suwandi, 36, dari Sungai Pinyuh, Indonesia dan Mohd Shahmirul Hamid, 32, dari Bekenu, Miri telah didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Perniagaan, Profesion dan Perlesenan Perdaganga­n.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM1,000.

Menurut keterangan kes, Suwandi didapati telah menjalanka­n satu perniagaan permainan dalam talian tanpa mempunyai lesen yang sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.45 malam, 20 Mac lalu di kaki lima sebuah premis di Jalan Gardenia, Morsjaya di sini.

Manakala dalam kes kedua, Shahmirul didapati turut melakukan kesalahan serupa iaitu menjalanka­n satu perniagaan permainan dalam talian secara haram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 10.20malam, 20 Mac lalu di sebuah kedai makan di Jalan Gardenia, Morsjaya di sini.

Di hadapan mahkamah, Suwandi dan Shahmirul masing-masing merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertama mereka.

Setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan keduadua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentinga­n awam, mahkamah kemudian mengenakan denda RM800 atau sebulan ke atas Suwandi manakala Shahmirul dikenakan denda RM900 atau sebulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia