Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua-ketua institusi agama di Sarawak sebulat suara sokong program imunisasi

-

KUCHING: Ketua-ketua institusi agama di negeri ini sebulat suara menyokong program imunisasi yang dilaksanak­an kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ketua-ketua institusi agama menerusi kenyataan kepada Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semalam berkata demikian selepas pertemuan bersama kerajaan negeri baru-baru ini bagi membincang­kan hal berkaitan selain mengemas kini mereka mengenai program imunisasi kerajaan yang telah dilancarka­n.

“Majlis Islam Sarawak telah menyatakan bahawa ia menjadi tanggungja­wab seseorang untuk menjaga keselamata­n diri dengan mengambil vaksin sebagai pencegahan daripada jangkitan virus.

“Ini juga merupakan pendirian institusi agama utama lain di Sarawak termasuk Persatuan Gereja-Gereja Sarawak, Persatuan Kristian Evangelis Sarawak, Persatuan Buddha Malaysia Cawangan Sarawak, Majlis Hindu Sangam Negeri Sarawak, Persatuan Kuil Sikh Sarawak, Majlis Rohani

para Baha’i Sarawak dan Persatuan Hokkein Kuching yang mewakili Taois.

“Kita harus berdiri sebagai satu, tidak kira apa bangsa atau kepercayaa­n yang kita wakili, sebagai tindak balas terhadap pandemik ini kerana ia tidak membeza-bezakan bangsa atau agama,” katanya.

Sehubungan itu, ketuaketua institusi agama terbabit memohon kepada orang ramai agar mendaftark­an diri untuk mendapatka­n vaksin dan menyokong program imunisasi kerajaan negeri yang merupakan salah satu usaha inklusif, tanpa meminggirk­an siapa.

Katanya, kerajaan negeri mengakui peranan penting institusi agama di Sarawak terutama dalam mempromosi­kan program imunisasi kerajaan yang bertujuan mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan penduduk.

Katanya, dengan itu sokongan sebulat suara daripada ketua-ketua institusi agama mengenai program imunisasi COVID-19 Sarawak dalam pertemuan itu merupakan satu lagi kemajuan signifikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia