Utusan Borneo (Sarawak)

Rentap nafi dakwaan BERSATU mungkin guna tiket GPS jika bertanding pada PRN

-

KUCHING: Gerald Rentap Jabu menyangkal dakwaan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mungkin menggunaka­n tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekiranya bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Rentap yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjelaska­n kepada The Borneo Post di sini semalam berkata, Timbalan Ketua Pemuda PBB yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman tidak pernah membincang­kan perkara terbabit dengan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Sarawak Nurhanim Hanna Mohksen.

Maka itu, apa yang dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Datuk Zuraida Kamaruddin mengenai kenyataan Nurhanim adalah tidak tepat.

“Nurhanim tidak pernah membicarak­an isu politik dengan Yang Berhormat Fazzrudin, sebaliknya hanya mengenai masalah kepentinga­n awam seperti pembaikan jalan, bantuan kebajikan dan lain-lain,” kata Rentap.

Baru-baru ini semasa melancarka­n PKN di sini,

Zuraida berkata kepada media bahawa BERSATUmun­gkin menggunaka­n tiket GPS untuk meletakkan calon sekiranya bertanding, sementara Nurhanim mendakwa beliau telah berbincang dengan Fazzrudin untuk memperhalu­si beberapa isu bagi memudahkan pergerakan itu.

Sementara itu, Rentap berkata GPS akan bertanding di semua 82 kerusi DUN.

GPS terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),PartiRakya­tSarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

“PPBM (atau Bersatu), bukan ahli GPS.

“Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahka­n kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas kapasiti sebagai Pengerusi GPS untuk membuat keputusan mengenai kerusi dipertandi­ngkan dan pencalonan.

“Jangan datang ke Sarawak dan hanya membuat tuntutan. Adalah lebih baik beliau (Zuraida) terlebih dahulu memahami keperluan rakyat dengan membina lebih banyak balai bomba, skim perumahan rakyat dan peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan agar wilayah Sarawak setaraf dengan wilayah Semenanjun­g Malaysia,” tegasnya.

 ??  ?? RENTAP
RENTAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia