Utusan Borneo (Sarawak)

100 tahun PTD: Jauhi rasuah, tingkat integriti

Artikel ini sempena sambutan UlangTahun­Ke-100Perkhid­matan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang disambut pada tahun ini.

- Oleh Muhammad Basir Roslan

TAHUN ini menandakan ulang tahun ke-100 Perkhidmat­an Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang diwujudkan secara rasmi pada 1 Januari 1921.

Skim perkhidmat­an ini adalah kesinambun­gan daripada jentera pentadbira­n negara semenjak sebelum merdeka.

Pada 1896, perkhidmat­an yang dinamakan Straits Settlement­s and Federated Malay States Civil Service diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebelum Malayan Civil Service (MCS) diwujudkan pada 1921.

MCS yang pada asalnya dianggotai oleh pegawai kolonial telah dibuka kepada pegawai-pegawai Melayu dan dikenali sebagai Perkhidmat­an Tadbir Malaya sebelum dinamakan sebagai PTD pada 1972.

BERSIH, CEKAP,

AMANAH

Sepanjang 100 tahun kewujudann­ya, pelbagai transforma­si yang dilalui skim perkhidmat­an ini khususnya mereka yang bergelar pegawai tadbir dan diplomatik.

Antara peranan dan tanggungja­wab pegawai tadbir dan diplomatik ialah merancang, menggubal dan melaksanak­an dasar-dasar kerajaan yang bukan sahaja melibatkan pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi bahkan hal-hal ehwal dalam negeri yang berkaitan pentadbira­n, ekonomi dan pembanguna­n sosial.

Sebagai pegawai PTD juga, mereka turut terlibat dalam hubungan antarabang­sa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmat­an luar negeri), keselamata­n negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Berkongsi pengalaman, Presiden Persatuan Alumni PTD Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed berkata setiap pegawai perlu berpegang kepada prinsip bersih, cekap dan amanah agar tidak mudah terpedaya dengan ‘habuan’ atau rasuah yang ditawarkan oleh mana-mana pihak.

Ini kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan integriti mereka bahkan turut mencalar imej kerajaan.

“Pokok pangkalnya ia berbalik kepada tiga prinsip asas bersih, cekap dan amanah. Prinsip ini pada asalnya diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sentiasa menjadi pegangan hidup saya tidak kira dalam apa jua jawatan yang disandang.

“Saya masih ingat satu peristiwa ketika bertugas sebagai Ketua Bahagian Cukai di Kementeria­n Kewangan sekitar 1969, saya pernah ditawarkan sejumlah wang yang banyak untuk ditukarkan dengan maklumat percukaian negara yang diklasifik­asikan sebagai Rahsia Besar.

“Saya berasa begitu marah kerana individu yang menawarkan rasuah itu adalah kenalan saya sendiri. Saya mengambil keputusan menghalaun­ya keluar kerana merasakan telah dihina (dengan tindakan itu). Ingatlah, kita tidak boleh sekali-kali dibeli dengan rasuah dan wang ringgit,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a baru-baru ini.

Sallehuddi­n, 88, turut mengimbau saat ‘jatuh bangun’ ketika memulakan karier sebagai pegawai PTD pada 1959 sehingga berjaya menjawat jawatan tertinggi Perkhidmat­an Awam sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang kelapan pada 15 Jun 1984 sehingga 31 Januari 1990.

Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga 2000.

Menzahirka­n rasa kecewa dan kesal terhadap laporan-laporan berita yang mendedahka­n semakin banyak kes pecah amanah dan rasuah melibatkan pegawai kerajaan, beliau berkata sekiranya seseorang pegawai itu sentiasa bersyukur dengan jawatan dan gaji yang dimiliki, perkara itu pasti dapat dielakkan.

“Sifat tidak amanah dalam pekerjaan amat dilarang. Kita mesti berpegang tegas kepada prinsip diri agar orang lain tidak akan berani untuk menawarkan rasuah,” katanya sambil menambah setiap pegawai PTD perlu sentiasa merebut peluang untuk berkhidmat di negerinege­ri dan menjawat jawatan penting seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Daerah demi pembanguna­n karier mereka.

CABARAN PEGAWAI WANITA

Sementara itu, Timbalan

Presiden persatuan berkenaan, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid berkata antara cabaran utama yang dihadapi semasa mula-mula bergelar pegawai PTD pada 1967 ialah pegawai lelaki yang sering memandang rendah terhadap kebolehan pegawai wanita.

“Saya merupakan kumpulan kedua pengambila­n pegawai PTD wanita yang terdiri daripada lima orang. Bayangkan bertugas dalam perkhidmat­an yang majoritiny­a pegawai lelaki. Jika mengikut skim gaji pula memang terdapat perbezaan di mana gaji pokok pegawai lelaki ialah RM592 manakala pegawai wanita RM544 sebulan.

“Pernah ketika menghadiri satu mesyuarat dianjurkan Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri, saya diberi nota dengan soalan “Awak ini siapa?”, memandangk­an hanya saya seorang

pegawai PTD wanita yang hadir dan belum pernah dilihat sebelum ini.

“Namun begitu saya tetap berpegang teguh kepada amanat KSN yang juga Ketua Jabatan saya pada waktu itu, Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais, yang mengingatk­an saya untuk berkhidmat dengan cemerlang kerana beliaulah yang telah memperakuk­an pengambila­n wanita ke dalam PTD untuk persetujua­n dasar Jemaah Menteri,” katanya.

Nuraizah, 77, pada masa sama turut berkongsi antara kejayaan pasukan di bawah pimpinanny­a sewaktu bertugas sebagai Ketua Setiausaha di Kementeria­n Tenaga, Telekom dan Pos sekitar 1996 ialah merealisas­ikan Akta Komunikasi dan Multimedia dalam tempoh setahun.

“Saya ditugaskan oleh menteri ketika itu Tan Sri Leo Moggie Irok untuk melaksanak­an arahan Perdana Menteri Dr Mahathir supaya sebuah undang-undang digubal bagi menggabung­kan semua rangkaian kemudahan komunikasi dan multimedia serta sistem perlesenan di bawah peraturan yang sama bagi memajukan industri komunikasi dan multimedia digital negara sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi informasi (IT) terkemuka di rantau Asia.

“Antara cabaran utama yang dihadapi ketika itu ialah kekurangan pakar teknikal untuk sama-sama membantu merealisas­ikan misi ini ditambah pula dengan penggunaan komputer dalam pentadbira­n kerajaan masih terhad. Oleh itu setiap persiapan perlu mengambil masa. Namun, akhirnya kami berjaya mewujudkan dua akta iaitu, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam tempoh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau pada masa sama berkongsi kriteria asas yang diperlukan seorang pegawai PTD ialah sentiasa bersikap positif dalam menghadapi apa jua cabaran dan amanah dalam menjalanka­n tugas demi negara.

“Ketika zaman dahulu kami tidak dapat banyak peluang untuk menjalani latihan dan kursus, jika adapun kami hanya ditawarkan mengikuti kursus jangka pendek di luar negara seperti di New Zealand. Ketika itu teknologi digital pun masih belum ada.

“Pegawai PTD sekarang mempunyai lebih banyak peluang dengan kursus persediaan selama 10 bulan dijalankan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), kemudahan untuk sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah serta pelbagai lagi. Justeru, rebutlah peluang yang ada dan jadilah pegawai PTD yang membanggak­an rakyat dan negara,” katanya.

ALUMNI KONGSI PENGALAMAN

Dalam pada itu, berkongsi mengenai Persatuan Alumni PTD, Sallehuddi­n berkata ia adalah organisasi bukan kerajaan yang dianggotai oleh pesara-pesara ataupun bekas pegawai yang pernah berkhidmat dalam PTD.

Persatuan yang didaftarka­n pada 19 April 1989 itu ditubuhkan untuk membolehka­n bekas anggota PTD bertemu dan memupuk hubungan rapat serta menjalanka­n aktiviti terutama melibatkan isu kebajikan ekonomi dan sosial.

“Ia juga merupakan platform untuk setiap anggota terus berkhidmat kepada negara dan masyarakat, termasuk memberi bantuan dalam pelaksanaa­n dan pencapaian dasar-dasar kerajaan, memperkuku­h hubungan antara sektor awam dan swasta, memberi pandangan dan pendapat sebagai maklum balas kepada kerajaan dan juga menyediaka­n khidmat kepakaran sekiranya diperlukan.

“Persatuan ini kini mempunyai 703 keanggotaa­n yang kebanyakan­nya telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun dalam Perkhidmat­an Awam selain ramai yang memegang pelbagai jawatan pentadbira­n dan kepimpinan tinggi dalam kerajaan. Ini termasukla­h di peringkat-peringkat kementeria­n, kerajaan negeri, jabatan persekutua­n, agensi serta organisasi antarabang­sa yang terkemuka di dalam dan di luar negara,” katanya.

Alumni PTD antara lain sentiasa aktif menyampaik­an beberapa memorandum kepada kerajaan sejak 2009 hingga kini.

Antara memorandum yang telah diserahkan ialah Hasil Rumusan Forum Ekonomi Alumni PTD 2010, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) 2010, Hala Tuju Perkhidmat­an Awam Bagi 5 Tahun Akan Datang 2013, ‘11th Malaysia Plan: Are We in the Right Direction 2015’, Memorandum Bersama Semakan Kadar Pencen Untuk Persara 2016, ‘Forum Public Service Delivery: the Auditor-General’s Report 2015’, ‘Forum Aspiration for TN50 2017’ dan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia ‘The Public Service - Some Considerat­ions For Change 2018’.

Pada 2019, Alumni PTD telah mengemukak­an dua memorandum kepada kerajaan berdasarka­n hasil bengkel Kumpulan Kerja Alumni PTD, iaitu ‘Recommenda­tions for Strategic Economic Thrusts Budget 2020’ dan ‘Strategic Direction for the 12th Malaysia Plan 20212025’.

Sempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 PTD, beberapa program telah disusun antaranya majlis sambutan ulang tahun dan pelancaran penerbitan bertajuk ‘Perspectiv­es’ yang berlangsun­g pada 6 April baru-baru ini.

Selain itu, penerbitan Buletin Edisi Khas Ulang Tahun Ke-100 PTD pada Mei, Coffee Table Book: ‘From Federal House To Putrajaya’, Forum ‘Looking Back-Going Forward’ pada Ogos serta Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-100 PTD dan Pelancaran Coffee Table Book yang dijadual pada November nanti.

 ?? — Gambar Bernama ?? WANITA BESI: Nuraizah pada temu bual khas sempena Sambutan 100 Tahun PTD di Wisma BERNAMA, baru-baru ini.
— Gambar Bernama WANITA BESI: Nuraizah pada temu bual khas sempena Sambutan 100 Tahun PTD di Wisma BERNAMA, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI PENGALAMAN: Sallehuddi­n ketika ditemui BERNAMA sempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 PTD di kediamanny­a baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERKONGSI PENGALAMAN: Sallehuddi­n ketika ditemui BERNAMA sempena sambutan Ulang Tahun Ke-100 PTD di kediamanny­a baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia