Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Seri Ampangan juara pertanding­an ‘DIY Made Simple 2020 - Green School-Vertical Garden’

-

KUCHING: Pelajar-pelajar dari SMK Seri Ampangan, Seremban dinobatkan sebagai juara pertanding­an ‘DIY Made Simple 2020 - Green School-Vertical Garden’, anjuran bersama Pusat Komuniti dan Kelestaria­n Universiti Malaya (juga dikenali sebagai UMCares) dan syarikat peruncit perkakas rumah terkemuka, MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR D.I.Y).

Dianjurkan buat kali keempat, pertanding­an tahunan ini memupuk pelajar-pelajar sekolah menengah untuk mencari solusi bagi membaik pulih sendiri fasiliti-fasiliti dalam sekolah mereka dengan menggunaka­n bahan-bahan kitar semula.

Pasukan dari SMK Seri Ampangan yang dianggotai oleh 10 pelajar, membawa pulang hadiah tempat pertama bernilai RM4,500 bagi projek ‘Bidai Hijau’ mereka, manakala pasukan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang seri di tempat kedua dengan hadiah bernilai RM3,000 setiap pasukan.

Selain daripada hadiah wang tunai, trofi dan sijil penyertaan, setiap pasukan pemenang turut menerima baucar MR.D.I.Y. bernilai RM1,500.

Pertanding­an ini telah diadakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, yang diadakan pada Januari 2020, sejumlah 75 sekolah telah menghantar video penyertaan idea mereka. Juri-juri yang terdiri daripada wakil UMcares dan MR. D.I.Y, telah menyenarai pendek lapan pasukan untuk mara ke fasa kedua, di mana setiap pasukan dimentor oleh pensyarah-pensyarah dari Fakulti Alam Bina Universiti Malaya, bagi memastikan perjalanan transforma­si idea mereka menjadi realiti.

Bercakap pada acara penyampaia­n hadiah yang berlangsun­g di Universiti Malaya, Pengerusi MR D.I.Y. Group Dato Azlam Shah Alias berkata: “MR D.I.Y. berpegang pada pembanguna­n komuniti melalui persekitar­an di dalam rumah dan tempat kerja yang selesa dan meningkatk­an daya kreativiti, pada harga yang berpatutan dan mampu milik, selaras dengan janji kami ‘Always Low Prices’.

“Kerjasama antara pihak kami dan UMCares selama empat tahun ini dalam memupuk daya kreativiti dan semangat para pelajar membaik pulih persekitar­an melalui projek-projek DIY amat memuaskan hati.

“Pertanding­an pada tahun ini yang bertemakan ‘Green School-Vertical Garden’ memerlukan para pelajar mengitar dan mengguna semula barang-barang lama menjadi baharu untuk fasiliti-fasiliti di taman sekolah mereka. Biarpun berjauhan secara fizikal dari sekolah pada setiap masa, saya tetap terpegun dengan idea-idea mereka serta kerjasama yang dipamerkan oleh kelapan-lapan sekolah. Mereka sangat memahami semangat DIY yang cuba diterapkan,” tambahnya lagi.

DIY Made Simple adalah sebuah pertanding­an tahunan yang disokong oleh Kementeria­n Pendidikan dalam meningkatk­an daya kreativiti dan pemikiran inovatif para pelajar di samping memupuk pembanguna­n kemahiran insaniah mereka seperti komunikasi, kerjasama berkumpula­n dan kepimpinan.

Ketika acara pada Rabu minggu lepas, pihak penganjur juga telah mengumumka­n 28 pasukan yang berjaya mara ke fasa dua untuk pertanding­an ‘DIY Made Simple 2021Green School Reimaginin­g Plastic Waste For the 21st Century Classroom’, selepas berjaya menumpaska­n 104 sekolah pada fasa pertama pertanding­an.

 ??  ?? ANUGERAH: Pelajar SMK Seri Ampangan mengambil bahagian secara dalam talian, sambil mentor mereka Dr Mahanim Hanid menerima anugerah tersebut bagi pihak mereka daripada Azlam Shah dan Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) yang menjalanka­n fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman.
ANUGERAH: Pelajar SMK Seri Ampangan mengambil bahagian secara dalam talian, sambil mentor mereka Dr Mahanim Hanid menerima anugerah tersebut bagi pihak mereka daripada Azlam Shah dan Timbalan Naib Canselor (Pembanguna­n) yang menjalanka­n fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman.
 ??  ?? MENANG: ‘Bidai Hijau’ – Projek kemenangan SMK Sri Ampangan.
MENANG: ‘Bidai Hijau’ – Projek kemenangan SMK Sri Ampangan.
 ??  ?? AZLAM SHAH
AZLAM SHAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia