Utusan Borneo (Sarawak)

Diperuntuk­kan dana RM60 juta, SME Corp laksana dua program bantu PKS

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: SME Corp Malaysia akan terus membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan melalui peruntukan dana sebanyak RM60 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Rizal Nainy berkata, melalui dana tersebut SME Corp akan melaksanak­an dua program iaitu Skim Pembiayaan Pengukuhan PKS dan TUBE@PEMERKASA.

“Skim Pembiayaan Pengukuhan PKS yang bakal memberi tumpuan dalam membantu PKS tempatan terpinggir menawarkan pembiayaan sehingga RM250,000 dengan kadar faedah serendah 3.0 peratus.

“Manakala TUBE@ PEMERKASA ialah program yang menyasarka­n para belia Bumiputera yang berminat dalam untuk menceburka­n diri dalam perniagaan.

“Pembiayaan Pengukuhan PKS akan mula dibuka pada bulan Mei depan manakala TUBE@PEMERKASA akan dilaksanak­an pada hujung April ini,” katanya.

Rizal berkata demikian pada sesi ramah mesra bersama media di ibu pejabat SME Corp baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi SME Corp, Datuk Sri Syed Hussein Al Habshee.

Tambah Rizal lagi, SME Corp akan melaksanak­an strategi jangka panjang untuk pembanguna­n PKS dengan memberi tumpuan kepada pertumbuha­n yang seimbang dan mapan melalui strategi serampang dua mata.

“Strategi pertama adalah untuk meningkatk­an penubuhan firma berpertumb­uhan tinggi dan inovatif bagi melonjakka­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) melalui sokongan dalam automasi, pendigital­an dan kelestaria­n.

“Strategi kedua pula adalah bagi meningkatk­an sumbangan perusahaan mikro (B40) kepada ekonomi,” jelas beliau.

Manakala Syed Hussein dalam ucapannya berkata, sejak ditubuhkan 25 tahun yang lalu, SME Corp telah berjaya membantu 47,943 syarikat PKS, dengan dana berjumlah RM7.2 bilion telah disalurkan.

“Tahun lalu, daripada sejumlah RM87.6 juta peruntukan yang diluluskan, sebanyak 9,247 PKS telah mendapat manfaat.

“Usaha-usaha akan terus dijalankan bagi memperkuku­hkan pertumbuha­n juga memastikan PKS diberi tumpuan oleh kerajaan,” katanya

 ??  ?? TAWAR PEMBIAYAAN: Rizal Nainy (kiri) pada sesi ramah mesra bersama media di ibu pejabat SME Corp baru-baru ini.
TAWAR PEMBIAYAAN: Rizal Nainy (kiri) pada sesi ramah mesra bersama media di ibu pejabat SME Corp baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia