Utusan Borneo (Sarawak)

Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan: Nanta

-

PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengekalka­n kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan termasuk pada 2020 dan 2021 walaupun harga Refined Bleached and Deodorized (RBD) palm olien telah meningkat, kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, jumlah tersebut bersamaan dengan 60 juta peket polibeg satu kilogram (kg), dengan 1.5kg diperuntuk­kan untuk setiap rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya harga RBD palm olien meningkat kira-kira 83 peratus kepada RM4,122 per tan metrik tahun ini berbanding RM2,255 per tan metrik pada 2020.

“Kerajaan turut menambah peruntukan atas dasar komitmen untuk membekalka­n 60,000 tan metrik meskipun harga RBD Palm Olien telah meningkat,” katanya, menambah kerajaan menjangkak­an kos skim itu meningkat daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion sekiranya RBD Palm Olien terus meningkat.

“Oleh yang demikian, keputusan kerajaan untuk mengekalka­n kuota dalam program Penstabila­n Harga Minyak Masak (COSS) menunjukka­n komitmen kerajaan yang tinggi untuk mengurangk­an kos sara hidup serta menjamin kesejahter­aan rakyat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nanta mengeluark­an kenyataan itu susulan laporan berita berhubung kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak yang didakwa berpunca daripada tindakan syarikat pembungkus minyak masak yang tidak jujur kerana membekalka­n minyak masak bersubsidi tidak mengikut kuantiti yang telah ditetapkan bagi edaran ke pasar raya dan kedai runcit.

Laporan itu juga mencadangk­an supaya Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meningkatk­an pemantauan dan penguatkua­saan ke atas aktiviti pembungkus­an minyak masak bersubsidi dan seterusnya memastikan peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM400 juta pada tahun ini dibelanjak­an dengan berhemah.

Nanta berkata bahagian penguat kuasa KPDNHEP sentiasa menjalanka­n pengaudita­n komprehesi­f untuk memastikan setiap pengeluara­n minyak masak bersubsidi dapat diterima di setiap rantaian pengedaran­nya.

Susulan daripada pengaudita­n dan tindakan tegas dalam menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi, Nanta berkata sebanyak 318 kes telah direkodkan di seluruh negara sejak 2016 hingga Mac 2021.

Dalam tempoh itu juga, empat syarikat pembungkus minyak masak telah diambil tindakan dengan membatalka­n kuota yang telah diberikan kepada mereka sebelum ini, katanya.

Mengenai aduan berkaitan minyak masak di Sarawak, Nanta berkata semakan rekod mendapati terdapat 25 aduan sejak 2020 hingga 31 Mac lepas dan sebanyak 4,221 pemeriksaa­n telah dijalankan terhadap premis-premis yang menjual minyak masak setakat kelmarin (12 April).

Mengenai isu gula yang turut disentuh dalam laporan berita berkenaan, Nanta berkata pada dasarnya harga jualan gula domestik dikawal pada harga maksimum iaitu RM2.85 per kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.95 per kg bagi gula putih bertapis halus bagi jualan secara runcit.

Harga jualan borong gula untukkegun­aanindustr­imakanan dan minuman pula ditetapkan pada kadar RM2.77 per kg bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.85 per kg bagi gula putih bertapis halus, katanya.

“Perbezaan pada harga gula yang lebih rendah boleh dinikmati oleh syarikat pengeluar makanan dan minuman berdasarka­n kuantiti dan kaedah pembelian yang dipersetuj­ui dengan pembekal serta bergantung kepada harga gula mentah di pasaran dunia tanpa campur tangan kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia