Utusan Borneo (Sarawak)

PBB perlu bertindak segera hentikan krisis Myanmar, kata SAC-M

-

BANGKOK: Majlis Penasihat Khas untuk Myanmar (SAC-M), sebuah kumpulan hak asasi manusia mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera bertindak untuk menghentik­an pertumpaha­n darah di negara itu.

Desakan itu ekoran kematian sekurang-kurangnya 82 orang semasa tentera mengepung bandar Bago, kira-kira 70 kilometer di timur laut Yangon, pada Jumaat.

Pengasas SAC-M Chris Sidoti berkata, Myanmar kini diselubung­i ketakutan dan huru-hara.

“Setiausaha Agung (Antonio Guterres) mesti menggunaka­n semua kuasa yang ada untuk mencari jalan menghentik­an pembunuhan itu,” kata bekas anggota Misi Pencari Fakta Antarabang­sa Bebas PBB di Myanmar dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Yanghee Lee bekas Pelapor Khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar berkata, junta sedang melakukan pembunuhan, membunuh rakyat yang sepatutnya dilindungi.

“Sukar untuk membayangk­an peristiwa ngeri di Bago ... Serangan, pembunuhan, mayat bergelimpa­ngan dan bukti dimusnahka­n, umpama operasi pembersiha­n Tatmadaw (angkatan tentera),” katanya.

Sementara itu, bekas ketua Misi Pencari Fakta Antarabang­sa Bebas PBB di Myanmar Marzuki Darusman berkata, setiap jam ada nyawa yang menjadi korban akibat kerakusan junta.

“Kami menuntut junta menghentik­an kekejaman. Harinya akan tiba apabila anda perlu menanggung akibat daripada kekejaman yang dilakukan,” katanya.

Sekurang-kurangnya 710 orang terbunuh sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu, menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP).

Media melaporkan serangan di Bago, bermula sebelum subuh pada Jumaat berlarutan hingga petang menyaksika­n kekerasan yang melampau.

Penganjur protes Ye Htut berkata, tentera “menembak setiap kelibat”, lapor Myanmar Now.

Menurut media tempatan, lebih menyedihka­n mayat-mayat dicampak di pekarangan kawasan pagoda Buddha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia